in

Uqasha Senrose Buat Permohonan Maaf Atas Keterlanjuran Mengenai Isu Rumah Tangga

feature image 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita rumah tangga pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli apabila Uqasha telah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga pelakon.

Terkini, Uqasha menerusi sebuah video di Instagram telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang berkaitan mengenai isu rumah tangganya baru-baru ini.


Dalam video tersebut, Uqasha ditemani oleh ibunya dan juga seorang individu yang dikenali sebagai ‘Cerai Coach’.

Dalam video yang berdurasi selama minit itu, Uqasha telah mengakui kesilapannya atas keterlanjurannya berkongsi mengenai masalah perkahwinannya dengan Kamal Adli.

uqasha

Artikel berkaitan: Uqasha Persoal Status Pernikahan Kerana Tarikh Di Sijil Nikah Berbeza Dengan Akad

Artikel berkaitan: “Kalau tiada, inilah pengakhiran Uqasha” – Peguam Jawab Punca Uqasha Senrose Fail Cerai

Menurut Uqasha, dia bertanggung ke atas semua perkongsian yang dibuat olehnya tanpa berfikir panjang.

https://www.instagram.com/uqashasenrose2/reel/DQOyrcgks9x/

Dia turut meminta maaf kepada semua yang sudah menonton video, kapsyen atau gambar yang dikongsikan olehnya sebelum ini yang mengundang kemarahan atau keaiban sesiapa pun.

Aktres yang popular dengan drama Tundukkan Playboy Itu juga mengakui kesilapannya berkongsi masalah rumah tangganya dengan umum.

Ketika itu saya marah, sedih dan terlalu penat, lalu saya bertindak secara emosional. Tapi semua itu bukan alasan, saya tetap minta maaf,” – Uqasha

Dalam masa yang sama, Uqasha mengakui dia sepatutnya menguruskan isu tersebut secara tertutup dengan lebih matang.

Buat masa ini, Uqasha mengatakan dia mahu fokus kepada dirinya dengan menjadi seorang wanita dan ibu yang lebih baik.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.