in

UOW Malaysia KDU Mempersembahkan Program Masakan Selebriti Ramadan!

Feat Img

Barisan chef dari UOW Malaysia KDU menampilkan artis dan influencer terkenal ke dunia masakan dalam program khas lima episod di bulan Ramadan.

Barisan selebriti artis dan influencer yang bakal membuat penampilan pun bukan calang – calang, antaranya ada Alyssa Dezek, Ellya Keesha, Bella Dowanna, Ratu Balqis, dan Anzalna Nasir. Mereka akan tampil bersama Master Chef Fami Taufeq dari UOW Malaysia KDU.

 

Screenshot 2021 04 26 At 4.31.35 Pm 1

Program yang berjudul “Masak-Masak with UOW Malaysia KDU” akan disiarkan antara 28 April dan 12 Mei. Setiap episod yang berlangsung antara 15 hingga 20 minit akan dihoskan oleh Chef Fami bersama seorang celebriti jemputan dan menggabungkan konsep hiburan serta ulasan pandangan berkenaan seni kulinari.

Setiap episod “Masak-Masak with UOW Malaysia KDU” akan disiarkan secara langsung melalui atas talian pada pukul 12 tengah hari pada tarikh yang ditetapkan di saluran YouTube rasmi UOW Malaysia KDU (https://bit.ly/3xci7rn).

Chef Berpengalaman Luas

Chef Fami Taufeq ialah seorang chef berpengalaman luas yang telah merantau jauh mengamati sifat simbiotik dalam kaedah penyediaan pelbagai jenis masakan seperti masakan ‘gourmet’, seni kemahiran pembuatan cokelat dan banyak lagi.

Photo 2021 02 26 16 24 09

Beliau sangat arif tentang gaya dan citarasa makanan pelbagai budaya. Bidang kepakaran beliau dalam seni kulinari ialah dalam penyediaan pastri yang menggabungkan konsep moden dan tradisi tempatan. Setiap masakan dihasilkan bagi mencapai keenakan dan kepelbagaian rasa yang unik.

Master Chef Fami bersedia membawa keceriaan di dapur anda di bulan Ramadan ini

Bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk mengasah kemahiran masakan melalui program yang akan disiarkan selama lima hari ini. Antara hidangan utama dan juadah pencuci mulut yang akan disediakan ialah Moroccan Lamb with Green Apple Walnut Butter Rice, Baby Kailan Salad, Chicken Roulade, Baked Salmon with Assam Pedas, Strawberry Mousse dan Chocolate Lava Cake.

UOW Malaysia KDU membawa tirai baru dalam dunia seni kulinari terus ke dapur anda dengan bakal mengetengahkan juadah pencuci mulut klasik dari Barat, hidangan utama dari Timur Tengah, hidangan tempatan yang terkenal, dan hidangan fusion yang menggabungkan citarasa dan gaya dari pelbagai budaya.

“Masak-Masak with UOW Malaysia KDU” akan membimbing anda bagi setiap langkah dalam menghidupkan suasana di dapur yang ceria dan menghasilkan masakan yang lebih enak dan menarik.