in

“Unsung hero” – Video ‘Cupid’ Abang Alam Flora Buat Ramai Terhibur

Alam Flora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda sering melayari media sosial, pasti anda tahu akan populariti lagu Cupid yang sering digunakan sebagai muzik latar belakang buat kebanyakan video.

Tidak cukup dengan itu, lagu Cupid juga mempunyai tariannya yang tersendiri, membuatkan lagu nyanyian Fifty Fifty ini cukup dikenali oleh warganet.


Buat trend Cupid!

Terbaharu, akaun rasmi TikTok Alam Flora Sdn Bhd ada memuat naik sebuah video yang menunjukkan pekerja mereka turut serta dalam trend tarian Cupid. Lebih melucukan, abang-abang Alam Flora ini nampak tidak kekok dan sangat menghiburkan!

Video berdurasi selama 33 saat ini dimulakan dengan beberapa pekerja melentokkan kepala mereka di bahu, sebelum seorang pekerja lain membuat isyarat ‘love’.

3 2

@alamflorasdnbhd

Walau di mana mereka berada dan apapun rintangan, hero-hero Alam Flora tetap menjalankan tugas dengan penuh ceria demi memastikan kawasan anda sentiasa bersih dan sihat ♻️? #JomRawatBumi #HeroTidakDidendang #UnsungHeroes #fyp #masukberanda

♬ original sound – Alam Flora Sdn Bhd – Alam Flora Sdn Bhd

Ramai ucap terima kasih

Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata memuji sikap ‘sporting’ abang-abang Alam Flora yang sudi menghiburkan mereka.

Tidak kurang juga sebilangan warganet yang mengucapkan terima kasih kepada golongan ini kerana memilih untuk menjalankan pekerjaan mulia ini, meskipun terpaksa menahan panas matahari.

Fff

2 4

 

Terima kasih buat abang-abang Alam Flora!

Kredit: alamflorasdnbhd

BACA: Tular Video Pantai Tok Bali Dipenuhi Sampah, Ini Respon Exco Kelantan

Cats 82

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.