Adat bila nak berkahwin yang lelaki akan beri wang hantaran kepada si isteri sebagai hadiah dan simbolik tanda cinta seseorang terhadap pasangan mereka.
Tapi, lain pula yang difikirkan oleh seorang lelaki di Indonesia ini yang tekad melamar kekasih hatinya dengan dua keping bitcoin berharga 1.6 bilion Rupiah yang bersamaan dengan nilai lebih RM 400 ribu.
Raja Muhammad Hasbi yang berusia 47 tahun ini telah melamar seorang wanita bernama Bau Tenri Abeng yang berusia 31 tahun dalam satu majlis yang berlangsung di Makassar pada 6 April lalu.
Kisah ini diceritakan oleh pengacara majlis di laman Facebook miliknya yang bernama Mismaya Alkhaerat pada 6 April lalu.
“Ya betul, Puan Teneri dilamar dengan dua bitcon sebagai wang hantaran dengan harga 800 juta Rupiah untuk satu bitcoin itu.”
Bukan itu sahaja, mahar tiga keping emas (gold bar), barang kemas dan satu set kelengkapan solat juga diberikan kepada wanita itu.
Menurut pengacara majlis itu, majlis perkahwinan mereka dilakukan dalam skala yang kecil sahaja bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Bisnes bitcoin jodoh pertemuan
Tenri diajak oleh rakannya untuk teman pergi bisnes crypto currency di Jakarta pada 2019 yang lalu dan kebetulan bertemu dengan Raja di situ dan mereka berkenalan selama 1 bulan 5 tahun sebelum dilamar oleh Raja.
Tenri mengaku yang dia meminta lelaki itu melamar dirinya menggunakan bitcoin sebab harga bitcoin masa itu tengah naik sehingga 800 juta Rupiah untuk satu bitcoin.
Memang rare la abang ni bagi wang hantaran pakai bitcoin. Memang lain maciam!
Sumber: Mismaya Alkhaerat
Baca: “Sampai terpaksa jual rumah dan kereta” – Lelaki Rugi Lebih RM1.3 Juta Lepas Main Bitcoin