in

Unik! Lagu Tema Doraemon Iringi Pasangan Pengantin Ini Ketika Berjalan Untuk Naik Pelamin

f3 lpb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah namanya pun raja sehari, jadi wajarlah kalau setiap keinginan pasangan pengantin yang diraikan ketika majlis perkahwinan itu ditunaikan.

Contohnya, dari segi tema majlis, warna busana pengantin dan pelamin serta doorgift apa yang nak diberi kepada tetamu mestilah ikut selera pengantin.


Seperti yang berlaku di Indonesia ini, pasangan raja sehari meminta untuk ahli muzik memainkan lagu tema kartun kegemaran ramai iaitu Doraemon untuk mengiringi mereka ketika berjalan menuju ke pelamin.

Menurut Wolipop, video pasangan pengantin itu berjalan sambil diiringi lagu itu telah dikongsikan menerusi TikTok wee_chucks baru-baru ini.

@wee_chucks

Pengantin unik, sangking seneng sama Doraemon, pas nikah pun minta kirab saxophone nya lagu Doraemon 😅😅 … Kita mah apa kata penganten aja deeeh … #saxplayer #saxophone #saxophoneplayer #altosaxophone #saxophonegig #saxophonist #saxophonebogor #wedding #weddinggig #gigwedding #weddingband #weddingbogor #gigweddingbogor #bandwedding #bandweddingbogor #weddingbandbogor #weddingvenue #venuewedding #weddingentrance #weddingentertainment #entertainment #vandorenv16 #mademouthpieces #seruni #seruniaudio #sem02

♬ original sound – Adiwicaksana Inounu – Adiwicaksana Inounu

Video berkenaan difahamkan telah dikongsikan sendiri oleh ahli muzik yang memainkan lagu itu dengan saksofon ketika majlis kahwin tersebut.

Dalam video yang berdurasi 53 saat itu, dapat dilihat ahli muzik itu berjalan di hadapan pasangan pengantin sambil memainkan lagu Doraemon. Sedap jugak bila lagu Doraemon dimainkan dengan saksofon macam ni kan. 

17

Dilihat juga pengantin perempuan tersenyum manis sambil berjalan ke pelamin. Mungkin dia memang die hard fans kartun Doraemon kot. 

Boleh kita dengar juga ada beberapa tetamu yang turut menyanyikan lagu Doraemon tersebut. Siapa je yang tak tahu lagu ni kan sebab Doraemon memang kartun yang popular ketika zaman childhood kita semua. 

Menurut ahli muzik itu, lagu tersebut memang permintaan pengantin itu sendiri.

16 1

Dia sendiri mengakui pada mulanya sedikit terkejut dengan permintaan tersebut sebab selalunya kan lagu-lagu romantis sering menjadi pilihan raja sehari.

So, kalau korang nak lagu One Piece sekali pun untuk iringi majlis kahwin korang nanti pun takde hal lah. Yang penting, pengantin happy. 

Sumber: Wolipop, TikTok @wee_chucks

Baca: “Shopping setiap 15 hari”- Janji Sebulan Sekali Makan Piza, Pasangan Pengantin Buat Perjanjian Kontrak Perkahwinan 

14 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.