in

Umno Pernah Jual Nombor Ekor Untuk Tolong Melayu? Ini Kisahnya…

collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan parti politik yang ditubuhkan pada zaman sebelum merdeka beroperasi dengan menggunakan dana yang didapati dari penyokong-penyokong mereka. Begitu juga dengan Umno yang ditubuhkan pada Mei 1946 ni.

Tapi dana yang dikumpukan dari penyokong parti ni tak dapat nak menampung parti bagi membantu ekonomi orang Melayu pada ketika itu. Jadi apa yang Umno buat? Kalau nak tahu, jom baca!


Niat tak menghalalkan cara?

sejarah penubuhan umno 3

Artikel berkaitan: Khatijah Sidek: Pejuang Kemerdekaan Yang Tubuhkan Tentera Wanita Menentang Jepun & Dibuang Dari UMNO

 

Artikel berkaitan: Dawn Raid: Malaysia Rampas Guthrie Dari British, ‘Heist’ Paling Besar & Epik Dalam Sejarah Negara

Ketika parti ini buntu mencari jalan bagi mendapatkan dana, seorang ahli Kesatuan Melayu Kedah telah mencadangkan Umno untuk membuat loteri. Idea yang sama turut diutarakan oleh Setiausaha Agung Kesatuan Melayu Perak selepas idea mereka ini ditolak oleh Jabatan Agama Perak.

Walaupun ada beberapa ulama yang tak setuju kerana perjudian dan loteri adalah haram di sisi Islam, Umno menegaskan perkara ini dilakukan dengan niat untuk membantu ekonomi orang Melayu dan membantu orang-orang yang susah.

Tak cukup dengan itu, parti MCA yang telah berjaya mendapatkan lebih dari $16 juta hasil jualan loteri kebajikan di mana $9.5 juta merupakan duit kemenangan dan selebihnya digunakan untuk membantu orang Cina membuat rumah mereka di Tanah Melayu sebelum British menghentikan usaha mereka kerana mengatakan parti politik tak boleh menjadi terlalu berkuasa dari segi kewangan.

Kejayaan MCA ini turut meyakinkan Umno untuk membuat loteri kebajikan mereka sendiri bagi mendapatkan dana untuk membantu orang Melayu seperti yang dirancang.

Umno lancarkan loteri pertama pada 1953

loteri kebajikan masyarakat 768x512 1

Ketika Perhimpunan Agung Umno yang ke-7 dibuat, parti ini secara rasmi telah bersetuju untuk melancarkan loteri kebajikan pertama mereka. Pada awalnya dorang rancang nak jual nombor ekor ini pada 7 Jun 1953 tapi disebabkan ia bertembung dengan bulan Ramadan, rencana mereka ditangguh ke 19 Jun.

Umno membuat perancangan untuk menjalankan loteri ini sebanyak empat kali setahun di mana sebanyak 200,100 nombor ekor telah dicetak di Pulau Pinang dan dijual sebanyak $1 untuk satu tiket loteri. Ejen yang menjual pula akan mendapat komisyen sebanyak 7% dari jumlah yang terjual.

27 768x434 1

Bagi tiket yang tidak berjaya memenangi apa-apa hadiah yang ditawarkan, ia akan dianggap sebagai derma kepada Umno bagi tujuan kebajikan dan ia telah digunakan untuk memberi dana kepada MCKK dan membantu pesakit TB di Hospital Lady Templer Kuala Lumpur.

Loteri Umno sebabkan PAS tertubuh?

Loteri kebajikan yang dibuat ini telah menyebabkan ramai ahli agama tak bersetuju sehingga beberapa ulama telah berkumpul di Kuala Kangsar bagi membincangkan tentang perkara ini.

Ketika perbincangan, Mufti Terengganu pada ketika itu Tuan Yusof al-Zawawi berpendapat bahawa loteri kebajikan yang dibuat adalah haram manakala ulama lain seperti Mufti Pulau Pinang Syeikh Abdullah Fahim berkeras bahawa ianya haram dan kebanyakan dari ulama ketika itu turut bersetuju dengan mufti Pulau Pinang ini.

Dalam Umno pula, Ketua Biro Hal Ehwal Agama Umno, Haji Ahmad Fuad Hassan yang pada ketika itu memang tak gemar dengan sikap Tunku Abdul Rahman yang sukakan kereta, berjudi dan lumba kuda ini bertambah marah apabila parti ini membuat loteri kebajikan.

Disebabkan ini, dia dan beberapa ulama lain telah menghadiri Persidangan Ulama Ketiga pada 1951 dan menubuhkan parti baru yang dinamakan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

PAS02

Walaupun loteri kebajikan ini menerima banyak kontroversi, ia telah diteruskan selama 30 tahun sebelum lenyap pada akhir 1980-an. Namun begitu, wang yang didapati dari menjual tiket loteri ini telah pun berjaya membantu menambah baik kebajikan rakyat.

Apa pun loteri haram ya gaisssss

Sumber: cilisos, Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.