in

Ujian Saringan Covid-19 Percuma Untuk Warga Selangor Mulai 8 Mei Ini

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan kes Covid-19 di Selangor makin meningkat, kerajaan Selangor ambil keputusan untuk melaksanakan sistem pengawasan melalui konsep pengesanan kes aktif di seluruh Selangor yang melibatkan 56 DUN.



Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga mengumumkan yang ujian saringan yang bakal dilaksanakan itu adalah percuma buat semua warga Selangor. Ni la peluang terbaik untuk korang buat ujian saringan Covid-19. Kalau tak mahu beratus juga nak kena bayar tau.

Photo6093792573178096552

Program saringan ini bakal dilaksanakan bermula 8 Mei 2021 di DUN Kajang dan DUN Semenyih dan diikuti dengan DUN lain sehingga 10 Jun 2021.

Photo6093792573178096551

Photo6093792573178096550

“Saringan percuma ini akan dilaksanakan di dua DUN setiap hari dan akan meliputi 56 DUN yang terletak di dalam negeri Selangor.”

Program ini sebenarnya diwujudkan untuk bagi peluang dengan rakyat negeri Selangor yang berisiko serta mungkin pernah jadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan risau dengan status kesihatan mereka untuk membuat pengesanan awal. Lebih baik mencegah daripada merawat.  Betul tak?

Menurut MB Selangor lagi, dia bimbang kalau rakyat Selangor yang dijangkiti itu tak tahu pun yang dia sebenarnya sudah dijangkiti atau diistilahkan sebagai ‘pembawa senyap’. Golongan macam ini boleh menularkan lagi wabak ini dan boleh menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas.

Kalau korang yang duduk Selangor nak dapatkan ujian saringan percuma ini, kena tunggu update terbaru dari kerajaan Selangor untuk mendaftar ya!

Harapnya dengan inisiatif dari kerajaan Selangor ni dapat lah kurangkan kes dekat Selangor ni. Dah tak sanggup nak kena menghadap PKP 4.0 pula nanti.

 

Sumber: Amirudin Shari

Baca:”Mungkin guna cara ni berkesan” -Negara India Buat Inisiatif Untuk Tingkat Kesedaran Penduduk Mengenai Coronavirus

Capture 14

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.