in

“Ugut lelaki tu nak report” – Youtuber Wanita Ditahan, Buat Laporan Palsu Konon Telah Dirogol

Ft Youtuber

Seorang pelakon drama pendek di Youtube hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan. Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, melakukan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki dan membuat laporan palsu mengenai kejadian rogol pada Disember lepas.

Youtuber1

Menurut Harian Metro, ketika pertuduhan tu dibacakan, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan. Berikut adalah dua pertuduhan tersebut:

Pertuduhan pertama: Tertuduh didakwa melakukan pemerasan kepada seorang lelaki dan sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu bencana iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki berusia 29 tahun itu telah merogolnya.

  • Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran nasi kukus jam 3 petang di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa pada 19 Disember tahun lepas.
  • Didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua: Tertuduh didakwa memberi maklumat palsu kepada anggota polis bahawa dia telah dirogol oleh lelaki yang sama dan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dengan niat agar mereka berdua dikenakan tindakan.

  • Kesalahan itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian jam 12.08 tengah malam pada 20 Disember tahun lepas.
  • Didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Youtuber2

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan. Peguam yang mewakili tertuduh bagaimanapun membuat rayuan meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah serta perlu menjaga 4 orang anak berusia 10, 8, 3 dan 2 tahun. Katanya,

Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi negara kini berdepan dengan penularan wabak Covid-19.”

Mahkamah dilaporkan membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 untuk pertuduhan pertama manakala RM1,000 untuk pertuduhan kedua masing-masing dengan seorang penjamin.

Baca: “Cuba cium, peluk, raba dan beronani” – YouTuber Terkenal Serah Diri Lepas Didakwa Mencabul Seorang Gadis, Kini Direman

Collage 20

Sumber: Harian Metro
Sumber: Sinar Harian