in

Ubat Titis Mata Tercemar – 68 Orang Jatuh Sakit, 4 Lagi Menjadi Buta!

Ubat Titis Mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengar macam plot filem seram, bukan? Tetapi, ini merupakan satu kes sebenar yang berlaku di Amerika Syarikat. Menurut laporan, ubat titis mata tersebut telah dicemari dengan bakteria Pseudomonas aeruginosa yang boleh menyebabkan kebutaan.

Lebih menakutkan lagi, bakteria Pseudomonas aeruginosa yang dikesan kali ini merupakan satu strain baharu yang tidak pernah lagi dijumpai di Amerika Syarikat!


Buat masa ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah mengenal pasti 68 pesakit di 16 negeri. Menurut CDC, ada sepuluh jenama yang dikenalpasti tercemar dengan bakteria, salah satunya berasal dari India.

Ubat Titis
Antara ubat titis mata yang dikesan dicemari bakteria

Menurut doktor, pesakit pada awalnya akan merasa sakit mata. Mereka juga tidak dapat melihat dengan sempurna.

Bukan itu sahaja, antibiotik yang diberikan pada pesakit juga tidak berkesan. Lama-kelamaan, pesakit perlu melakukan pembedahan. Ada juga yang menjadi buta disebabkan jangkitan.

Dr. Darlene Miller dari Bascom Palmer Eye Institute menyarankan orang yang menggunakan ubat titis mata tersebut untuk mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

Tambahnya lagi, bakteria ini boleh menyebabkan kebutaan hanya dalam masa 48 jam.

Menurut CDC, simptom jangkitan adalah seperti berikut:

  1. Keluar cecair berwarna hijau, kuning atau jernih daripada mata.
  2. Mata rasa sakit dan tidak selesa.
  3. Rasa seperti ada benda asing dalam mata.
  4. Semakin sensitif terhadap cahaya.
  5. Pandangan kabur.

“Sesiapa yang pernah menggunakan ubat titis mata ini dan mengalami simptom perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.”

“Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mengalami sebarang masalah tidak perlu diperiksa buat masa ini.”

Sumber: BBC News

Baca: Virus Covid-19 Ditemukan Pada Bungkusan Durian Yang Diimport Dari Thailand Di China

Ubat Titis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.