in

“Tunggu ibu di sana ya sayang” – Nukilan Ibu Arwah Muhammad Zaharif Runtun Hati Netizen

Ibu Zaharif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Genap 13 hari insiden seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut dilanggar oleh sebuah kereta dipandu pegawai kanan polis pada 15 Disember lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh ibu kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang berkongsi luahan hati di TikTok susulan insiden menyayat hati itu.


Ibu mangsa, Mimi Julia Ismail berkata, dia dan suaminya baru diberi kekuatan untuk memulakan perniagaan di kedai makan mereka.

Artikel berkaitan: Kes Adik Zaharif: Peguam Perjelas Kenapa Suspek ‘Susah Nak Lepas’ Walaupun Pegawai Polis

Artikel berkaitan: “Takkan tak boleh kawal diri kau?” – Abang JPJ Ulas Isu Berang Ekzos Bising Sampai Kena Langgar

Screenshot 2023 12 28 131336 1

Menerusi luahan itu, dia reda dengan pemergian anak bongsunya dan memilih untuk tidak mahu berdendam kerana ia lebih menyakitkan.

Katanya, mereka cuba untuk menyibukkan diri untuk melupakan kejadian yang berlaku namun masih sukar kerana lokasi kedai makan mereka berada berdekatan dengan kawasan kejadian kemalangan.

“Ibu dan abah cuba sibukkan diri tapi ibu tak kuat. Sayu hati ibu bila terpandang tempat kejadian, terbayang bayang kesakitan yang Adik Mat alami.

“Kalau boleh ibu nak gantikan kesakitan Adik Mat tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu Nak.

“Sungguh betapa rapuhnya hidup kita, kematian tak mengira masa, situasi, muda ataupun tua. Tiada sesiapa yang dapat menduga saat kudrat dan kesihatan yang baik tiba tiba ajal datang menjemput,” katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa turut mendoakan anaknya meninggal dalam keadaan husnul khatimah serta bersih daripada dosa susulan kemalangan Muhammad Zaharif berlaku ketika arwah baru pulang dari menuntut ilmu.

Screenshot 2023 12 28 130342

“Tunggu ibu di sana ya sayang. Ibu reda dengan perpisahan kita, moga kita bertemu di syurga Allah. Amin Ya Rabb. Bersih dari dosa, pulang dari menuntut ilmu dan berniat pula nak bersolat jumaat.

“Ibu berjanji untuk menjadi orang yang memberi manfaat pada orang lain, ibu berjanji untuk bahagia dan membahagiakan orang lain kerana ibu tidak tahu bila saat ibu akan pergi menghadap si Dia,” tulisnya.

Bukan sahaja kepada keluarga mangsa, insiden kemalangan itu turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Perkongsian itu telah mengundang sebak netizen yang turut bersimpati pada keluarga arwah serta mendoakan agar ibunya diberi kekuatan.

Screenshot 2023 12 28 130441 Screenshot 2023 12 28 130453 Screenshot 2023 12 28 130502 Screenshot 2023 12 28 130509 Screenshot 2023 12 28 130528

Difahamkan, kejadian yang berlaku kerana tidak puas hati antara pemandu kereta dengan mangsa yang dikatakan membuat bunyi bising ekzos motosikal.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.