in

“Tumpang lalu makcik” – Remaja Kena Lempang Dengan Wanita 40 Tahun Gara-gara Panggilan ‘Makcik’

FT MAKCIK FINAL BETUL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila semakin menginjak usia, sudah semestinya korang semua semakin risau sekiranya dipanggil dengan gelaran-gelaran yang sinonim dengan ‘orang tua’ tertutamanya buat kaum wanita bukan?

Apatah lagi sekiranya gelaran yang diberikan itu tidak sesuai dengan usia sebenar korang yang jauh lebih muda untuk digelarkan ‘title’ tersebut.


Baru usia 30 tahun, dah dipanggil ‘nenek’. Siapa yang tak bengang kan.

Walaupun rasa agak ‘bengang’ sekiranya dipanggil sebegitu, namun perasaan bengang itu hanya disimpan dalam hati dan cuba menegur dengan cara yang baik untuk membetulkan ‘persepsi’ itu.

Namun lain pula buat wanita ini, apabila dia kehilangan ‘coolnya’ dengan menampar dan membelasah seorang remaja perempuan yang menggelarnya sebagai ‘makcik’.

 

Tampar muka remaja, berang dipanggil ‘makcik’

Wanita yang berusia 40 tahun itu berang apabila remaja perempuan yang berusia 19 tahun itu memanggilnya dengan panggilan ‘makcik’ ketika berada di sebuah pasar di Etah pada hari Isnin yang lepas.

Lapor Times of India, wanita pertengahan tahun itu telah menampar muka remaja berkenaan sehinggalah kedua-dua mereka saling ‘bergusti’ di hadapan orang ramai.

Remaja perempuan berkenaan dikatakan ingin meminta laluan kepada wanita itu yang menghalang jalannya disebabkan keadaan pasar itu yang agak sesak dengan orang ramai.

 

Sebut “tumpang lalu makcik”

Dia yang menyebut ‘tumpang lalu makcik’ telah menyebabkan wanita itu ‘naik angin’ dan memarahinya di hadapan orang ramai. Remaja itu yang kemudiannya mempersoalkan punca dia dimarahi telah menyebabkan wanita itu semakin marah dan bertindak untuk menampar mukanya.

FEAT TAMPAR

FEAT TAMPAR 3

FEAT TAMPAR 4

Berlaku pertengkaran antara mereka berdua yang akhirnya membawa kepada pergaduhan yang lebih serius apabila kedua-dua mereka bertindak saling membelasah antara satu sama lain.

Pihak polis yang dipanggil ke tempat kejadian oleh orang ramai terpaksa masuk campur untuk meleraikan kedua-keduanya.

Menurut Ketua Balai Polis, Kanchan Katiyar, remaja berkenaan turut bersalah apabila dia membalas perbuatan wanita itu. Disebabkan itu, kedua-dua mereka telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan lanjut.

Keluarga kedua-dua belah pihak telah hadir ke balai polis dan mereka memilih untuk menyelesaikan isu ini tanpa melibatkan pihak polis.

Lepas ni panggil cik atau puan je la. Lebih formal gitu. 

Baca: “Kat UK, panggil sir & madam je even ada PhD” –  Wanita Ini Kata Malaysian Obses Dengan Title

BACA MAKCIK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.