in

Tulisan Kawi : Tulisan Yang Digunakan Oleh Orang Melayu Sebelum Jawi

Kawi3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa orang Melayu lama sebelum ini menggunakan tulisan jawi untuk menulis, namun begitu mungkin ramai juga anak muda dahulu tak tahu sebelum wujudnya jawi dan rumi ini, terdapat beberapa jenis tulisan yang dilakukan pada zaman dahulu mengikut fasa zaman. Menurut Illuminasi.


 

Tulisan Kawi

Salah satunya adalah tulisan Kawi, ia digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke 8. Menurut sumber, tulisan Kawi (Aksara Kawi) berasal dari Jawa dan pertama kali digunakan di Kerajaan Singhasari di Jawa timur pada abad ke-8 Masihi.

Setelah itu ia merebak ke seluruh wilayah Asia Tenggara dan digunakan hingga abad ke-16 Masihi, terutama di Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera.

Tulisan Kawi dikembangkan dari satu tulisan iaitu Pallava, ia dibawa ke wilayah itu oleh pedagang dari dinasti Pallava di selatan India. Ini digunakan terutama untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno.

Menurut The Patriots, beza antara tulisan Kawi dan tulisan Jawi adalah ia mementingkan suku kata, bukannya huruf.

Lebih unik lagi tulisan Kawi ini, ‘huruf’ yang ada cumalah a,ka,me,ti,sa dan lain-lain yang lebih kurang sama, cuba cara nak sebutnya agak berbeza.

Korang boleh cuba tengok kat gambar bawah ni.

Kawi Cons Kawi Vwl

Kalau nak katakan zaman sekarang, Tulisan Jawi ramai yang masih boleh baca, tapi tulisan Kawi pasti ramai yang susah nak baca malah  min yakin pasti ada yang tak tahu langsung.

Ramai netizen yang terpukau sebab rata-rata daripada mereka memang tak tahu bila terbaca perkongsian Tweet daripada pengguna Twitter ini.

Sebenarnya bukan ada tulisan Kawi je tau, terdapat juga tulisan Rencong dan Pallavi sebelum tulisan Kawi ini digunakan oleh nenek moyang kita dulu.

 

Baca : “Pencemaran tulisan jawi” – Ramai Tersenyum Bila Tengok Tulisan Khat Ini, Tapi Lepas Membaca Ramai Pulak Yang Mengeji Sebab…

Jawi

Sumber: Omniglot
Sumber: Omniglot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.