Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah pantai peranginan di Kelantan yang mempunyai pemandangan yang indah namun dicemari dengan lambakan sampah.
Video yang dimuat naik oleh selebriti tempatan Hani Farhana Mohd Hatim atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu itu memaparkan sisi lain Pantai Tok Bali di Kelantan yang dilihat dipenuhi sampah walaupun pantai tersebut merupakan tarikan pelancong.
@hunnymads We were driving by Tok Bali, Bisikan Bayu Beach in Pasir Putih Kelantan, and was so shocked to see so much rubbish everywhere right opposite the ocean! Can someone help explain why this is happening? Apparently it has been like this for quite some time. Sedihhhhh. Ps: We thought of stopping by to get ice cream here for the kids but after seeing this disaster, our moods changed and we left.
Susulan isu tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Izani Husin merasakan perkara itu tak adil.
Menurut Astro AWANI, beliau berkata kawasan yang dirakamkan itu berada di bawah seliaan MDPP sentiasa dijaga oleh pihak yang diberi kontrak pembersihan.
“Walaupun tanah di pantai berkenaan adalah milik persendirian, namun kami sudah mengarahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk membersihkan kawasan itu.
Kawasan yang kotor di pantai kebanyakannya adalah tanah persendirian yang tidak dijaga dengan baik.
Apabila ada sampah, orang akan ambil gambar dan tular bagi menampakkan Kelantan kotor. Jadi orang akan salahkan kami (kerajaan negeri) dan ini tidak adil kepada kami,” katanya.
Selain itu, beliau turut berkata pembuangan sampah harian di seluruh Kelantan adalah sekitar 1,200 metrik tan sehari dan telah meningkat empat kali ganda ketika Ramadan serta Aidilfitri.
Baca: Pemandangan Cantik Tapi Penuh Sampah, Pantai Kelantan Dikritik Kerana Seperti ‘Tongkang Pecah’