Selain ibu bapa, guru adalah antara individu penting yang mendidik anak-anak remaja zaman sekarang menjadi insan yang berguna.
Walau bagaimanapun, dalam proses mendidik anak-anak ini, kita janganlah terlalu tegas dalam menghukum sehingga menjatuhkan air mukanya di depan orang ramai.
Artikel berkaitan: Guru Kaunseling Sekolah Direman, Buat Gangguan Seksual Depan Murid & Anak Sendiri
Artikel berkaitan: Lesen Jurulatih Tampar Pemain Bawah Umur Ditarik – Hannah Yeoh
Guru tampar murid depan orang ramai?
Menerusi sebuah video yang tular di X, dapat dilihat seorang guru menampar seorang murid di bahagian dahi dan seterusnya menolak murid itu ke tepi ketika berada di pentas.
Video tersebut juga difahamkan telah dirakam oleh seorang guru lain yang mendakwa dia tidak kisah jika disaman berkaitan hal tersebut.
SIAL PERANGAI CIKGU NI! DIA TAMPAR BUDAK DEPAN ORANG RAMAI!
TERIMA KASIH CIKGU YANG DAH VIRAL KAN VIDEO NI. HARAP CIKGU NI DI BUANG KERJA WALAUPUN MIN TAHU KERAJAAN MEMANG SUSAH NAK BUANG KAKITANGAN, WALAUPUN ORANG TU BERMASALAH! pic.twitter.com/mWZxVjeUz6
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 13, 2023
Biarlah nak kena saman ke, nak kena (apa) benda ke. Nak upload juga. Tak ada niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan kepada orang.
“Kau cikgu ke, guru besar ke, PK ke. Tak kisah lah siapa kamu. Cuma waktu nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit.
“Aku tak pernah buat student aku gitu nak marah macam mana pun. Orang dok buat depan orang gitu ramai-ramai. Biar cerdik sikit cikgu eh,” tulisnya.
“Adoi salah kecik je pun”
Perkara ini telah mendapat perhatian Cikgu Mohd Fadli Salleh yang menegur tindakan guru tersebut dalam sebuah posting di Facebook.
Menurutnya, perbuatan itu boleh membuatkan orang di sekeliling hilang rasa hormat pada guru berkenaan yang didakwa seorang guru besar.
Tambah Cikgu Fadli lagi, majlis tersebut juga dihadiri oleh wakil daripada kerajaan negeri, polis dan TNB.
Malah salah seorang netizen juga mendakwa kejadian ini berlaku kerana budak tersebut tidak duduk diam ketika menyanyikan lagu Negaraku.
Isu berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata meminta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil tindakan terhadap guru itu.
Apa-apapun diharapkan kes ini dapatlah diselesaikan dengan baik. Kesian budak tu, mesti trauma.
Sumber: X, Facebook