in

Tular Video Cuba ‘Tarik’ Bayi, Lelaki Vietnam Direman 4 Hari

syaz ft 2025 08 11T103648.355

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayi berusia sebelas bulan cuba ditarik oleh seorang lelaki Vietnam yang difahamkan ingin menjadikan bayi itu sebagai tebusan.

Difahamkan, lelaki berkenaan ditahan oleh orang awam ketika melarikan diri selepas dikesan mencuri di sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, Butterworth, dia kini direman empat hari.


Video bayi dicuba tarik dari ibunya oleh lelaki berusia 36 tahun itu tular di media sosial, dalam video itu dapat dilihat lelaki berkenaaan berbuat demikian dan dihentikan oleh orang awam yang mengepungnya.

Artikel berkaitan: Polis Tidak Terima Laporan Berhubung Kes Kanak-kanak Hampir Diculik Di Genting Highland

Artikel berkaitan: “Siap ada commentator lagi” –  Video Pergaduhan 2 Individu Tarik Perhatian, Netizen Terkejut Tengok Intro

Menurut laporan Astro Awani, difahamkan perintah reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Aina Ahmad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 380, Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pada mulanya suspek telah ditangkap selepas didapati cuba membawa keluar makanan laut yang telah ditimbang tanpa membuat bayaran.

“Suspek berjaya ditangkap oleh pengadu dengan bantuan beberapa pekerja serta orang awam di dalam pasar raya berkenaan sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan terdapat beberapa orang awam dan pengawal keselamatan pasar raya itu turut mengalami kecederaan ketika bergelut dengan suspek.

 

Sumber: Astro Awani, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.