in

Tular Video 2 Individu Pukul Anjing, Kini Pelaku Diburu Polis

Lelaki Belasah Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keganasan terhadap haiwan kini sudah menjadi satu jenayah dan pelaku boleh dikenakan denda maksimum RM100K serta penjara hingga 3 tahun.

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan dua individu bertindak memukul seekor anjing yang dikatakan baru sahaja dilanggar.


Cats 26

Untuk video penuh klik di sini

Video tersebut tular di laman media sosial Twitter, menurut tweet tersebut, difahamkan anjing tersebut melintas jalan secara mengejut, oleh kerana kawasan tersebut dalam keadaan yang gelap anjing itu dilanggar oleh motosikal di situ.

Selepas dilanggar, anjing tersebut lari ke dalam longkang namun apa yang mengejutkan terdapat dua individu bertindak memukul anjing tersebut yang masih cedera sehingga mati.

Hari ini, dalam satu kenyataan pihak Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang memberitahu usaha untuk mengesan suspek-suspek sedang dipergiatkan dan kertas siasatan telahpun dibuka berhubung kejadian tersebut.

https://twitter.com/PDRMsia/status/1678207920327073795?s=20

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan serta disiasat juga di bawah Seksyen 233 AKMM jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun.

Selain itu, pihak polis turut menasihati orang ramai untuk tidak menularkan lagi video berkenaan.

Terbaru, tiga lelaki yang disyaki melakukan perkara itu telah ditahan reman oleh pihak polis, Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata tiga lelaki berusia antara 40 hingga 53 tahun itu diberkas di sekitar Batu Maung tengah malam tadi.

“Kesemua suspek yang bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas direman selama tiga hari sehingga 12 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Baca: “Dia tinggalkan makanan” –  Perwatakan Anjing Berubah Lepas ‘Kawan Baik’ Pergi Selamanya

Anjing Hilang Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.