in

Tular Surat Tentang Isu Sijil Halal Di 6 Restoran Terkenal, JAKIM Tampil Beri Respon

Ft Jakim 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, tular satu surat yang dikuatkuasakan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan bahawa terdapat 6 restoran berangkai popular di Malaysia tidak memegang sijil halal.

Antara jenama restoran yang dimaksudkan adalah Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Ayam Penyet Best, Mr. Dakgalbi dan Bungkus KawKaw. Kesemua restoran ini bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah bagi skim premis makanan dan minuman.


Artikel berkaitan : Dikritik Chef Zam Sebab Jual Nasi Lemak ‘Add On’ Sambal, Ini Penjelasan Bungkus Kaw Kaw

Artikel berkaitan : “Was-was jangan pergi makan lah” – Ceddy Pertahankan Kenapa Darsa Masih Belum Dapat Sijil Halal

Susulan dengan penularan tersebut, pihak JAKIM tampil memberikan keterangan mengenai surat tersebut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Bkk2

“Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JAKIM.”

Kata mereka, setelah semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia, didapati bahawa premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat (4) outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

P1120052

“Jabatan ini sudah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September lalu jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan.” 

JAKIM menjelaskan, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php. Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama.

Sumber : Facebook 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.