in

Tular Pernah Kecam Para Ustazah, Netizen Sejuk Hati Lihat Kak KM Jumpa Ustazah Asma’ Harun Siap Cium Lagi

syaz ft 2026 01 09T161843.208

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan usahawan penuh kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, dia sering mendapat perhatian kerana kelantangannya di media sosial dan kali ini namanya sekali lagi menjadi bualan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM berkongsi momen bermakna apabila beliau berpeluang bertemu buat pertama kali dengan pendakwah popular, Ustazah Asma’ Harun.


Apa yang menarik perhatian ramai adalah kelembutan Ustazah Asma’ menyantuni Kak KM. Malah, beliau sempat menitipkan doa yang sangat mendalam sehingga membuatkan Kak KM kelihatan cukup tersentuh dan sebak.

Artikel berkaitan: “Ustazah apa pun, jangan percaya” –  Kak KM Kritik Para Ustazah Undang Kecaman

Artikel berkaitan: “Naik satu jerawat pun dah memekak” – Kak KM ‘Buka Mulut’ Isu Anak Berhenti Kerja

@kakkmshop

@Ustazah Asma’ Harun

♬ original sound – Kakkmshop – Kakkmshop

“Semoga seluruh keluarga sentiasa dijaga dan dipelihara. Kita sama-sama berkumpul di syurga, diberikan petunjuk, hidayah dan dijaga oleh Allah SWT selalu.”luahnya.

Bukan itu sahaja, Ustazah Asma’ juga menyatakan bahawa beliau tahu Kak KM sebenarnya seorang individu yang baik hati.

“Saya tahu Kak KM orangnya baik dalam dan luar, Insya-Allah. Jaga diri.” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara dakwah Ustazah Asma’ yang sangat lembut dan tidak menghukum.

Ramai yang mengakui turut merasa sebak melihat reaksi Kak KM yang mengaminkan doa tersebut dengan penuh rendah diri.

cats 6

Sebelum ini, usahawan itu tular kerana menyatakan bahawa ustazah-ustazah ini tidak boleh dipercayai dan mereka hanya ingin mengumpat sahaja.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.