in

Penumpang Diugut Keluar Dari Penerbangan Kerana Anak Menangis Tak Nak Pakai Seatbelt, MYAirline Mohon Maaf

Myairline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial kisah seorang bapa yang meluahkan perasaan kecewanya apabila kapten pesawat MYAirline dikatakan mengugut untuk menghalau anak perempuannya yang berusia dua tahun yang menangis dan tidak mahu duduk di tempat duduk penumpang dan memakai seatbelt.

Kejadian itu berlaku ketika lelaki berkenaan dan isteri serta tiga orang anaknya menaiki pesawat di Langkawi beberapa hari lalu.


Menurut perkongsian lelaki tersebut, dia memang telah membelikan anaknya yang berusia dua tahun itu tempat duduknya sendiri kerana menurut polisi syarikat penerbangan itu, kanak-kanak dua tahun ke atas perlu duduk di seat sendiri dan tidak boleh diriba oleh ibu bapa.

Walau bagaimanapun, anaknya menangis tidak mahu duduk di tempat duduk dan memakai tali pinggang keselamatan yang diwajibkan pakai sebelum pesawat berlepas.

Ibu bapa kanak-kanak itu kemudiannya meminta seat belt extender daripada peramugari agar dia boleh dipangku oleh ibunya ketika berlepas.

Namun, difahamkan, peramugari berkenaan tidak membenarkan mereka untuk menggunakan seat belt extender itu kerana kanak-kanak tersebut telah melebih had umur berkenaan.

Ini kerana umur kanak-kanak itu adalah dua tahun lima hari.

Bapa berkenaan turut menceritakan bahawa ketua peramugari kemudiannya datang ke tempat duduk dan mengatakan bahawa mereka perlu memastikan anak mereka itu memakai seat belt berkenaan dan jika tidak, kapal terbang tidak boleh berlepas.

Ketua kabin berkenaan juga dikatakan telah menelefon kapten kapal dan tak lama kemudian, kapten tersebut telah membuat pengumuman di mana beliau didakwa mengugut akan menghalau penumpang iaitu kanak-kanak itu yang tidak mahu duduk di tempat duduknya.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang perkara ini, korang boleh baca sendiri perkongsian bapa ini menerusi Facebook atau Twitter.

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan MYAirline telah tampil membuat kenyataan dan memohon maaf kepada penumpang tersebut dan keluarganya.

Netizen pula mempunyai pelbagai reaksi dengan kejadian ini. Ada yang menyokong tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit dan menyalahkan pihak syarikat penerbangan yang seperti tidak bertolak ansur dengan penumpang.

Tak kurang juga ada yang berpendapat ibu bapa sepatutnya membuat persediaan awal untuk membawa anak kecil naik pesawat dengan cara menyediakan mainan, buku, makanan seperti lolipop atau makanan ringan untuk mengelakkan anak bosan ketika berada di dalam pesawat.

Apa pula pendapat korang tentang isu ini?

Sumber: Facebook Fear Dawooz, Twitter @arfdy12

Baca: Seorang Penumpang Bertindak Buka Pintu Kecemasan Kapal Terbang Ketika Berada Di Ketinggian 700 Kaki

F1 Pintu Kecemasan Asiana Airlines Terbuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.