in

Tular Pelanggan Makan Nasi Kandar Dalam Kereta, Ini Jawapan Tauke Restoran Hakim..

Hamim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar hampir setahun kita hidup ‘bersama’ virus Covid-19. Tak dinafikan banyak perkara yang sudah berubah dalam kehidupan seharian kita, namun pastinya kehidupan yang bebas dahulu masih diimpikan.


Namun untuk mengecapi kebebasan seperti dahulu, nampaknya masih jauh perjalanan kita. Jadi, nak tak nak kenalah ada perubahan sedikit dalam norma baharu ni.

Baru-baru ni tular sebuah perkongsian menerusi Facebook milik Mohd Firdaus Jaafar Ng, yang berkongsi caranya dan keluarga menikmati nasi kandar bagi memastikan rasanya lebih surr

Menerusi perkongsian tersebut, pelanggan Restoran Hakim itu dikatakan menikmati hidangan makanan tersebut di dalam kereta bagi memastikan pematuhan operasi standard (SOP) dapat dipatuhi selain menjamin keselamatan keluarganya lapor Sinarplus.

Capture 14 1

 

Dapat approval tauke!

Tindakan pelanggan tersebut bagaimanapun mendapat perhatian pemilik restoran itu, Datuk Hakimsa Abdul Karim  yang berada di tingkat atas restoran kejadian berlaku.

“Saya maklum kisah pasangan suami isteri tersebut kerana ketika itu, saya ada tingkat atas restoran. Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya mengehadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.

Capture 32

Menurut Datuk Hakimsa lagi, dia memahami keinginan pelanggannya untuk menikmati makanan nasi kandar di premis, namun disebabkan kewujudan virus Covid-19 kedainya mengambil langkah rare untuk memenuhi kehendak pelanggan.

“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,” ujarnya sambil tergelak kecil.

Capture 2 3 1

Katanya, ramai ibu bapa yang bawa anak selalunya berbuat demikian (makan dalam kereta) untuk melepaskan rasa mengidam dan pada masa sama, dapat menjamin keselamatan anak mereka.

Bagus ada owner macam ni, asalkan tidak menganggu dan menyusahkan sesiapa min rasa okay je. Yang penting jaga SOP!

Baca : Yang Pertama Di Dunia! Restoran Nasi Kandar Pandu Lalu Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Capture 14 2

Sumber: Sinarplus
Sumber: Facebook
Sumber: Sinarplus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.