Sudah menjadi trend buat anak muda zaman sekarang untuk membuat ‘content’ dan merakam segala aktiviti yang mereka lakukan setiap hari untuk dimuat naik ke media sosial.
Namun tidak semua perkara boleh dijadikan ‘content’ dan dikongsikan kepada semua orang kerana ia bakal memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan orang terdekat.
Artikel berkaitan: Demi ‘Content’, Video Disunting Oleh Pihak Tak Bertanggungjawab Sampai Agensi Bantuan Terpedaya Turun Padang
Artikel berkaitan: Buat Content Menang Cabutan Bertuah, Netizen Dakwa Aisar Khaled ‘Kaki Kencing’?
Bakal mak mertua tegur gadis kerap buat content
Semalam, tular satu video yang memaparkan seorang gadis telah ‘disekolahkan’ bakal ibu mertuanya gara-gara terlalu kerap membuat ‘content’.
Gadis ini kemudian menjelaskan bahawa kejadian ini telah membuatkan dia memutuskan hubungan dengan kekasih kerana tidak disukai oleh bakal ibu mertua.
Dalam video itu, bakal mertua menyatakan bahawa dia berasa pelik dengan sikap gadis itu yang gemar membuat ‘content’ dan tidak mahu anaknya leka dalam dunia media sosial disebabkan gadis tersebut.
Susulan kata-kata pedas yang dilontar bakal ibu mertua, gadis itu dilihat menangis dan terkesan dengan apa yang berlaku.
Video berkenaan walau bagaimanapun telah menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen, yang mana rata-rata bersetuju dengan teguran makcik berkenaan.
Ada plot twist, rupanya promosi MLM?
Namun setelah video ini hangat dibincangkan di media sosial, seorang doktor yang juga influencer di TikTok, Dr Alpha Zaki tampil memberi pendedahan.
Dakwanya, hasil siasatan di media sosial, gadis berkenaan memuat naik video tersebut yang didakwa content demi mempromosi bisnes MLM.
Tambahnya lagi, akaun Instagram gadis itu juga dilihat dengan jelas mempromosi MLM berkenaan dan doktor ini meminta agar para netizen berhati-hati dengan ‘bisnes 306’ ini.
Boleh tengok video penuh dekat sini.
Apa-apapun tak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak video itu sekadar content untuk marketing sahaja atau ia benar-benar berlaku. Harapnya gadis itu boleh beri penjelasan lebih lanjut berhubung isu viral ini.
Apa pendapat korang mengenai isu ini? Betul tak apa kata bakal mak mertua dia tu?