in

“Tukar jadi Antara Seoul Dan Malaysia”- Nyanyi Lagu ‘Antara Anyer Dan Jakarta’ Ketika Konsert di Axiata Arena, Taeyang Buat Kejutan Untuk Peminat

Taeyang nyanyi lagu Antara Anyer dan Jakarta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi di Axiata Arena, telah berlangsungnya konsert solo  Taeyang, artis popular Korea Selatan yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop BIGBANG.

Konsert Taeyang, The Light Year itu telah mengubat kerinduan peminat terhadap penyanyi Korea itu kerana Taeyang telah menyanyikan pelbagai lagu hitsnya seperti Eyes, Nose, Lips, Shoong, Wedding Dress dan banyak lagi.


Namun, apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah, Taeyang turut membuat kejutan dengan menyanyikan cover lagu Sheila Majid yang bertajuk ‘Antara Anyer Dan Jakarta’.

Video nyanyian Taeyang itu telah dikongsikan di platform media sosial X oleh akaun goKPOP.

Artikel Berkaitan: “Power lagu!” – Ramai Teruja PMX Guna Lagu K-Pop Untuk ‘Posting’ IG Lawatan Ke Korea Selatan

Artikel Berkaitan: Konsert M Nasir Cipta Kejutan, Jatuhkan Ribuan Sampul Duit Raya Dari Bahagian Atas Bumbung Axiata Arena

Lebih menarik perhatian apabila Taeyang menukar lirik lagu itu menjadi Antara Seoul dan Malaysia sebagai simbolik hubungannya dengan peminat-peminat di negara ini.

7 1

Setakat ini, video nyanyian Taeyang itu telah mendapat 4K retweet daripada warganet.

Sumber: X @goKPOP

Sumber: X @pppxxdppa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.