in

“Tugas tu sepatutnya hantar 2 minggu lepas” – Lelaki Ini ‘Kick’ Ahli Kumpulan Dari Group WhatsApp Sebab Tak Bagi Kerjasama

Feature Image Group Assigment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak ada masalah masa buat assignment berkumpulan? Tak kira lah dengan orang yang kita kenal atau pun tak, tapi kalau dia tak nak bagi kerjasama, memang jadi masalah kan?


Tular di laman Twitter mengenai perkongsian lelaki ini pasal ahli kumpulan dia yang tidak memberikan kerjasama untuk tugasan berkumpulan.

Perkongsian itu dimuat naik oleh @afeefmon_ yang membongkarkan sikap sebenar ahli kumpulan bagi assignment berkumpulannya.

2 minggu lepas patut hantar!

Menurut perkongsian itu, mereka dikatakan ingin membuat perjumpaan bagi membincangkan tugasan yang diberi namun rupa-rupanya tarikh untuk menghantar tugasan itu telah berakhir pada dua minggu lepas.

Dengan memberanikan diri, lelaki ini memberitahu dalam aplikasi whatsaApp bahawa dia tidak akan hadir untuk perjumpaan itu kerana tiada apa yang hendak di bincangkan disebabkan tugasan tersebut telah dihantarnya secara sendiri pada tarikh yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, dalam assignment tersebut dia hanya meletakkan namanya sahaja kerana ahli kumpulan yang lain tidak membantu dalam menyelesaikan tugasan tersebut.

“Tak tahu pulak kau tunggu kitaorang sebenarnya”

Disebabkan nama tiada dalam tugasan tersebut, beberapa orang ahli kumpulannya muncul dan mempersoalkan tindakan lelaki itu.

Ada yang mempertikaikan bahawa lelaki ini yang sebenarnya volunteer untuk membuat tugasan ini.

Namun ia di jelaskan semula oleh lelaki tersebut dimana dia telah memberikan bahan yang diperlukan oleh ahli kumpulannya untuk membuat report pada dua minggu lepas. Namun tiada seorang pun yang response.

Ejk5Si Uuaacg34
Sumber: twitter

Mungkin bengang dengan sikap sambil lewa yang diberikan oleh ahli kumpulannya itu, lelaki ini akhirnya membuat keputusan untuk kick mereka dari whatsApp group.

Ejk5Yycvuaavzdi
Sumber: twitter

Rata-rata netizen setuju dengan tindakan lelaki ini yang menyingkirkan ahli kumpulannya yang di anggap tiada fungsi dan tidak memberikan kerjasama.

“Dasar biawak hidup!”

Kk1
Sumber: twitter

 

Kk2
Sumber: twitter

Haih, korang tu kalau dah tau kerja kumpulan tolong lah bagi kerjasama. Kalau sorang je buat namanya bukan kerja kumpulan.

 

Baca: “Pakai lah VPN sir” – Netizen Terbahak Bila Student Uni Jadikan Website ‘Blue’ Sebagai Sumber Rujukan ‘Assignment’

D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.