in

Tuan Tanah Serang Lelaki Guna Parang Sebab Bengang Lembu Makan Rumput Tanamannya

Lembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara berang rumput tanamannya diimakan lembu, seorang peneroka tekad menyerang tuannya dengan parang, semalam.


Mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 62 tahun itu cedera di muka dan menerima lapan jahitan. Lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku di Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu ini berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke kandang lembunya itu, dia yang sedang menunggang motorsikal tiba-tiba ditahan oleh suspek.

Suspek dikatakan memberitahu mangsa bahawa lembunya memasuki kawasan tanaman rumput miliknya  sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

 

Suspek yang gagal mengawal perasaan marahnya dikatakan pergi ke arah kenderaannya sambil membawa sebilah parang lalu menyerang mangsa.”

Kata sumber lagi, serangan itu telah menyebabkan mangsa jatuh dari motosikalnya manakala suspek dan menantunya yang turut berada di lokasi kejadian segera beredar.

“Mangsa yang luka di pipi kanan pulang ke rumahnya sebelum dibawa anaknya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Ketengah Jaya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

 

Baca : “Bergaduh guna parang” – Pemandu Lori Mati Ditetak Dua Lelaki Lepas Tunjukkan Kemaluan Pada Adik Perempuan

Parang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.