Macam yang korang tahu, masa hujan lebat macam ni antara orang yang paling susah sekali nak bergerak adalah penunggang motosikal.
Baru-baru ni, seorang netizen telah kongsikan video di Twitter yang telah meraih hampir 115K tontonan, menunjukkan seorang pemandu bas RapidKL tolong penunggang motosikal yang motornya rosak semasa hujan lebat di Sunway.
Dalam video ni, dia tunjukkan macam mana pemandu bas ini sanggup suruh lelaki tersebut naikkan motornya ke dalam bas dan tolong bawa dia ke kedai motor.
Bukan itu je, ketika sampai di kedai motor, pemandu bas ini berhentikan kenderaannya betul-betul di depan kedai dan tak minta bayaran satu sen pun.
https://twitter.com/fiezapinky/status/1207625900717572097?s=20
Video yang telah tular ini mendapat perhatian dari netizen yang rata-ratanya kagum dengan tindakan pemandu bas ini.
Pun begitu, tak kurang juga ada netizen yang menyelar tindakan wanita ini sebab dorang tak nak pemandu bas ni kena apa-apa tindakan ekoran dia telah melanggar SOP.
Manakala RapidKL pula telah membalas tweet ini dengan meminta nombor plat bas dan masa kejadian ini berlaku.
Setakat ini tak ada apa-apa berita lanjut atau update dari pihak RapidKL tentang keadaan pemandu bas tersebut.
Apa-apa pun admin harap pihak RapidKL faham dengan situasi ini dan tak lakukan apa-apa tindakan drastik kepada pemandu bas tersebut.
Baca: Tak Cukup Kena ‘Sound’ Babi, Pemandu Bas Dibelasah Beramai-ramai Sebab Salah Faham.