Sejak semalam, berduyun-duyun informasi terbaru berkenaan gosip di antara Ruhainies, Aliff Aziz serta kekasihnya, Sarah Yasmine.
Nama ketiga-tiga mereka menjadi bualan ramai sejak semalam, malah nama Ruhainies menjadi trending di aplikasi X.
Artikel berkaitan: “I’m out” – Pening Terpalit Kes Bella-Aliff-Ruhainies, Caprice Buat Keputusan Tak Mahu Terlibat
Artikel berkaitan: Diserang Netizen Sebab Kutuk Bella, Chacha Bersuara, Dedah ‘Voice Note’ Ruhainies
Susulan perkara itu, Ruhainies dilihat telah menetapkan laman Instagram miliknya yang mempunyai 1.7 juta pengikut itu dalam mod private.
Tindakan pelakon drama Sorry Naik Lori itu membuatkan ramai netizen lebih tertanya-tanya mengenai isu yang melibatkan dirinya itu memandangkan sebelum ini pelakon itu sering menggunakan laman Instagram miliknya untuk menceritakan sisinya.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada apa-apa kenyataan daripada pihak Ruhainies berkenaan isu tersebut.
Sebagai info, semalam kecoh di media sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mendakwa dia merupakan kekasih kepada Aliff Aziz mengeluarkan tangkap layar mesej di antara Ruhainies dan kekasihnya itu.
Harapnya settle cepat lah perkara ni, makin bersimpang-siur pula…