in

Tragedi Kepala Air Bidor: Ibu & Anak Lelaki Umur 4 Tahun Ditemui Lemas, 2 Lagi Mangsa Hilang

Tragedi Lemas Kepala Air Bidor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah tragedi menyayat hati berlaku semalam apabila ibu kepada tiga anak telah ditemui lemas dalam tragedi kepala air yang berlaku di Sungai Kenjur, dekat Kampung Loh, Bidor petang semalam.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Aszura Bani, 37 tahun bersama tiga orang anaknya telah berkelah di kawasan tersebut bersama kakaknya, Aslinda, 38, anak saudaranya berusia 11 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an.


Ibulemas 1707310319

Walau bagaimanapun, kakaknya, anak saudara dan pembantu rumah dilaporkan selamat dalam tragedi itu dan manakala menerusi perkembangan terbaru, pihak berkuasa telah menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun, dipercayai anak kepada mangsa, Hafif Muhayat Azam pada jam 9.50 malam.

Dua lagi anak Aszura iaitu Hanna Mikayla, 7 dan Hanum Marissa, 2 dilaporkan masih lagi hilang.

Artikel berkaitan: Cuba Nak Selamatkan Dari Terjatuh Dalam Kolam, Atuk & Cucu Maut Akibat Lemas

Artikel berkaitan: UPDATE : Tragedi Kepala Air Jeram Mawar, 9 Maut Manakala 1 Masih Hilang

Mayat ibu ditemui hanyut 600 meter

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai kejadian itu sekitar jam 4.30 petang.

Mayat si ibu ditemui hanyut 600 meter dari tempat mereka berkelah.

“Pembantu rumah warga Indonesia pula ditemui selamat kerana sempat berpaut pada batu berjarak 100 meter dari kawasan mereka berkelah, manakala kakak dan anak saudara mangsa tidak hanyut,” katanya ketika di lokasi kejadian.

Lemasa 1707310316

Tambahnya lagi, mayat telah dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan tiga mangsa yang terselamat juga menerima rawatan di hospital yang sama.

“Menggigil pegang kaki budak di dasar sungai” 

Dalam pada itu, penduduk kampung yang menemui mayat mangsa kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun meluahkan rasa sedih dan takutnya ketika menemui jasad mangsa.

Menggigil, saya takut bercampur sedih semasa pegang kaki kanak-kanak itu,” kata penduduk kampung, Muhd Izwan Nordin.

Lelaki berkenaan bersama 13 penduduk kampung nekad melakukan pencarian secara sukarela bermula jam 9.30 malam tadi.

Photo1707322978 1707348387

Semasa menyelam, Muhd Izwan katanya terdektik untuk memeriksa dasar sungai berdekatan pokok tumbang.

Apabila menyelam pada kedalaman kira-kira setengah meter, saya ternampak objek berwarna putih…. saya terus pegang untuk pastikan dan memang betul ia kaki kanak-kanak.

“Saya dapati keadaannya mengiring dan tersangkut di bawah akar pokok tumbang berkenaan.

“Perasaan ketika itu bercampur-baur antara sedih dan takut sambil saya panggil rakan-rakan lain untuk bantu angkat dan keluarkan mangsa,” katanya.

Tambah Muhd Izwan lagi, tragedi kepala air memang pernah berlaku, namun ini pertama kali hingga babitkan kehilangan nyawa.

Kita doakan semoga dua lagi mangsa dapat ditemui dengan secepatnya. Al-Fatihah… 

Sumber: Berita Harian 1, 2

Sumber: BH
Sumber: BH
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.