Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Indonesia dilaporkan telah memb*nuh diri selepas kecewa kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk memberi barang keperluan sekolah.
Mangsa juga kecewa kerana keluarganya tidak mampu membelikan buku dan alat tulis serta membayar wang persekolahannya sebanyak 1.2 juta Rupiah setahun.
Menurut laporan CNN Indonesia, kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.
Kanak-kanak itu bersekolah di sekolah rendah kerajaan di Nusa Tenggara Timur.

Artikel berkaitan : “Kenapa kereta tu langg*r teacher” – Rapat Dengan Arwah Guru, Murid Menangis Dapat Tahu Meninggal Dunia
Difahamkan, meskipun wang untuk persekolahannya itu boleh dibayar secara beransur-ansur, namun kesusahan keluarganya tetap menjadikannya pembayaran secara ansuran juga sesuatu yang sukar untuk dilakukan.
Ibunya telah membayar sebanyak 500 ribu Rupiah untuk semester pertama dan terdapat baki sebanyak 720 ribu Rupiah lagi yang perlu dibayar untuk semester kedua.
Rata-rata pengguna media sosial negara itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai tragedi yang menyayat hati.
Sumber CNN Indonesia
