in

Tottenham Hotspur Umum Kerjasama Bersama Dashing

GcQWnfJXsAAJInC

Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur dengan sukacitanya baru-baru ini mengumumkan satu kerjasama selama dua tahun bersama DASHING, jenama minyak wangi dan deodoran lelaki sejak lebih 25 tahun.

Menurut kenyataan media, kelab tersebut akan bekerjasama bersama DASHING untuk memacu kesedaran jenama di Malaysia melalui kempen periklanan dan siaran perlawanan bola sepak secara langsung semasa perlawanan Kelab ini.

Ryan Norys, Ketua Pegawai Hasil, Tottenham Hotspur, berkata: “Kelab tersebut berbangga dengan semangat penyokongnya yang semakin berkembang di serata Asia, dengan kewujudan Kelab Penyokong Rasmi yang mantap di Malaysia, pihaknya menantikan DASHING berinteraksi dengan peminat mereka di seluruh rantau melalui kerjasama ini.

GcQWnfJXsAAJInC

Menurut Saki Goh, selaku Pengurus Kanan Pemasaran di Wipro-Unza Malaysia, berkata :
“DASHING amat berbesar hati untuk menjadi Rakan Rasmi Tottenham Hotspur, sebuah kelab Liga Perdana Inggeris yang berprestij dan menurutnya kerjasama ini sejajar dengan misi pihaknya untuk memperkasakan lelaki muda dan moden agar tampil dengan penuh keyakinan dan meraikan keunikan personaliti mereka. Dengan menawarkan rangkaian eksklusif yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna kami demi mengejar kecemerlangan, baik di dalam mahupun di luar padang bola sepak.”

Dikenali dengan wangian yang tahan lama, DASHING memperkasakan penampilan diri lelaki muda dan moden untuk mengekspresikan diri mereka dengan yakin. Jenama ini menawarkan pelbagai produk penjagaan diri, termasuk minyak wangi Eau de Toilette, deodoran, produk gaya rambut, dan bedak talkum untuk memenuhi pelbagai aspek keperluan penjagaan diri lelaki.