in

Toque: Ini 5 Perkara Menarik Tentang Topi Unik Yang Digunakan Oleh Chef Di Seluruh Dunia

F3 Toque 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda sering menonton rancangan memasak, mesti kita selalu nampak chef pakai topi tinggi yang berwarna putih tu ketika memasak kan. Untuk korang yang belum tahu, topi ini pun ada kisah dan fakta uniknya yang tersendiri tau.


Jadi, jom kita semak satu-satu fakta tentang topi khas yang digunakan oleh kebanyakan chef di seluruh dunia ni.

#1 Topi chef ini dikenali sebagai toque 

Perkataan toque ini berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud topi. Namun, ianya kemudiannya telah dipopularkan oleh orang Perancis yang memanggil topi chef ini dengan nama ‘toque blanche’ sebab dalam bahasa Perancis, ‘blanche’ bermaksud putih.

Tr Ng Trung C P Kinh T Du L Ch Thanh Ph H Chi Minh Cet Gf Xtjttsgc Unsplash
Gambar sekadar hiasan

Jadi, ianya dipanggil topi putih.

#2 Ada banyak teori tentang sejarah toque ini 

Menurut Escoffier, pemakaian topi chef ini dikatakan dikreditkan oleh Marie Antoine-Careme pada sekitar tahun 1800. Namun, ada juga yang mengatakan topi chef ini wujud sebab Raja Henry VIII nak penggal seorang chef gara-gara ada rambut dalam santapannnya, jadi, semua chef yang lain perlu pakai topi ketika memasak.

#3 Kenapa topi chef berwarna putih sedangkan warna tu cepat kotor?

Difahamkan, warna putih jadi pilihan uniform tukang masak sebab ia sebagai simbol kebersihan, lapor laman web Aussie Chef.

#4 Ketinggian topi chef juga pernah menjadi tanda kehebatan seseorang tukang masak itu 

Menurut Iluminasi, kehebatan skill memasak seseorang chef itu boleh dilihat pada ketinggian topi toque yang dipakainya. Semakin tinggi topi tu, maknanya semakin hebat lah kemahirannya.

Namun, sekarang ni, ketinggian ni dah tak digunakan lagi dah sebab ketinggiannya topi chef ini dah diseragamkan kepada sembilan hingga 12 inci je.

Topi Toque 1
Gambar sekadar hiasan

Kalau ada chef yang masih pakai topi yang ketinggiannya lebih daripada biasa, selalunya chef macam ni hanya boleh ditemui di restoran fine dining.

#5 Lipatan pada topi chef juga ada maknanya yang tersendiri 

Sama seperti ketinggian topi, jumlah lipatan pada topi ini akan sama dengan jumlah resepi yang chef tu dah master. Contohnya la kan, kalau topi seseorang chef tu ada 100 lipatan, maknanya dia dah mahir dalam 100 jenis menu atau resipi.

Namun, sekarang, perkara ni dah tak dipraktikkan lagi dah dan jumlah lipatan pada topi chef pada zaman moden ni tak ada kaitan dengan berapa resipi yang dia boleh masak.

Untuk pengetahuan semua juga, kini topi chef ni ada pelbagai jenis dan tak semua tukang masak professional akan pakai topi yang tinggi. Ada yang memilih untuk pakai bandana dan ada yang lagi suka pakai topi baseball je. 

Yang penting, kesemua topi ni ada fungsi yang sama iaitu untuk menghalang rambut daripada masuk dalam makanan yang disediakan. 

Sumber: Escoffier, Aussie Chef, Iluminasi

Baca: Tahukah Anda, Kasut Tumit Tinggi Sebenarnya Dicipta Untuk Lelaki? Ini Antara 5 Fakta Menarik Tentang Sejarah ‘High Heels’

Topi Toque

Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.