in

Tahukah Anda, Kasut Tumit Tinggi Sebenarnya Dicipta Untuk Lelaki? Ini Antara 5 Fakta Menarik Tentang Sejarah ‘High Heels’

F1 High Heels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasut tumit tinggi dan wanita sememangnya dah sinonim sejak zaman berzaman lagi. Kaum wanita lazimnya suka menggayakan kasut ni terutamanya kalau ke majlis-majlis keramaian. Tapi, tahukah anda, kasut tumit tinggi sebenarnya direka untuk kaum Adam pada asalnya?


Mesti korang tak sangka kan yang orang lelaki yang maskulin pernah pakai high heels ni? Jadi, jom kita semak lima fakta menarik tentang sejarah kasut tumit tinggi ni.

#1 Kasut tumit tinggi asalnya direka untuk lelaki

Menurut BBC News, sejarah kasut tinggi ini bermula sekitar tahun 1500-an di mana ia dipakai oleh masyarakat Parsi (kini dikenali sebagai Iran). Difahamkan, rekaan kasut sebegini dipakai oleh lelaki di Parsi untuk memudahkan mereka menunggang kuda.

Elizebeth Semmelhack yang merupakan kurator Muzium Kasut Bata di Toronto, Kanada berkata, kasut tumit tinggi ini membantu askar Parsi pada ketika itu untuk menyasarkan tembakan dengan baik dan askar juga boleh berdiri dengan tegap.

Sejarah Heels 1 1 1

Lama-kelamaan, rekaan kasut bertumit lelaki ini berjaya menarik perhatian orang bangsawan Eropah. Contohnya, Louis XIV iaitu Raja Perancis memerintahkan pada 1670 bahawa kasut ini hanya boleh dipakai oleh orang bangsawan sahaja dan raja itu sendiri juga memang gemar memakai kasut tersebut, lapor Google Arts & Culture.

#2 Ketinggian kasut tumit tinggi dikawal oleh undang-undang 

Wanita kaya pada zaman Renaissance di Venice dulu-dulu memakai kasut tinggi yang mempunyai platform yang dikenali sebagai Chopines dan ketinggian kasut ni boleh mencapai sehingga 20 inci, lapor laman web Burju Shoes.

Namun, ketinggian itu telah dikurangkan menjadi tiga inci je lepas ada seorang wanita yang hampir terjatuh ketika memakai kasut tersebut. Selain itu, orang biasa pula hanya boleh pakai kasut tumit tinggi yang ketinggiannya tak melebihi 1/2 inci. Kiranya, ketinggian kasut tu perlu ikut kelas sosial si pemakai.

Sejarah Heels 2 1 1

Semakin rendah status sosial seseorang tu, semakin rendah la jugak kasut bertumit yang dia dibolehkan untuk pakai. Nasib baik sekarang dah tak ada yang macam ni. 

#3 Kasut tumit tinggi dipakai untuk elak sampah 

Harga sepasang high heels ni ketika zaman dulu-dulu memang mahal, jadi kasut ni selalunya hanya mampu dipakai oleh golongan yang berharta sehaja.

Difahamkan, pada ketika tu, jalan-jalan di negara Eropah dipenuhi dengan sampah sarap, jadi, orang kaya sama ada lelaki dan perempuan akan pakai kasut tinggi untuk melindungi pakaian mereka daripada terkena kotoran tersebut.

#4 Tumit kasut wanita adalah lebih halus

Disebabkan kaum wanita juga mula tertarik dengan kasut tinggi, tumit kasut ini diubah menjadi lebih halus dan tinggi untuk menjadikannya lebih sesuai dengan wanita. Namun, kaum Adam mula berhenti memakai kasut ini sekitar tahun 1730 sebab ia mula dilihat seperti fesyen untuk wanita.

Laura Chouette Ezxkn9P2Scc Unsplash
Gambar sekadar hiasan

#5 Kasut tumit tinggi stilettos dinamakan sempena sejenis pisau 

Disebabkan rekaan tumit stilettos adalah halus dan tinggi, ianya dinamakan bersempena dengan sejenis pisau dari Itali yang dikenali sebagai stiletto.

Agak-agak golongan lelaki zaman sekarang nak ke hidupkan semula rekaan kasut tumit tinggi khas untuk kaum Adam? 

Sumber: BBC News, Google Arts & Culture, Iluminasi, Berita Harian, laman web Burju Shoes

Baca: “Bukan sekadar kasut getah”- Kolaborasi Balenciaga & Crocs Hasilkan Cros ‘Stiletto’, Kasut But Pun Ada

Sejarah Heels

Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.