in

Tong Air Besar ‘HABIS’ Lepas Notis Lebih 570 Kawasan Sekitar Selangor & KL Akan Alami Gangguan Air Bermula Rabu

Featured 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas je senarai kawasan-kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur akan alami gangguan bekalan air dikeluarkan, makan ramai lah yang mula mengeluh.


Mana taknya sebanyak lebih 570 kawasan terjejas dari tempoh 24 hingga 27 April ini..Baik korang check kawasan korang kena ke tak

Kerja-kerja penambahbaikan Sistem Bekalan Air Loji Rawatan Air SSP2 pada 24 April 2019.Sila rujuk Info Pelanggan…

Posted by Air Selangor on Thursday, April 18, 2019

So selepas sahaja notis tersebut dikeluarkan maka ramai yang menyerbu kedai menjual tong dan bekas air.

Memetik Sinar Harian, tinjauan yang mereka lakukan mendapati dua kedai di Bandar Baru Sentul kehabisan tong air saiz besar.

279859
Sumber : sinar harian

279858

Pekerja kedai itu memaklumkan mereka kehabisan stok tong sejak semalam selepas ramai pelanggan membelinya sebagai persediaan bedepan gangguan bekalan air bermula 24 April ini.

Tong besar sudah habis yang tinggal hanya saiz kecil saja. Kami sudah membuat tempahan stok tapi mungkin sampai minggu depan.”

Rata-rata orang awam yang ditemui juga menyatakan mereka telah bersedia menghadapi gangguan bekalan air tersebut memandangkan tempoh gangguan agak lama.

“Saya akan beli air mineral untuk tampung keperluan dan jika masih tidak mencukupi terpaksa juga menginap di hotel berhampiran,”– Azli Mokti

“Kami dah buat persediaan awal masa dapat tahu kawasan Sentul terlibat dengan gangguan air disebabkan tempohnya agak lama dari kebiasaan. Bagi menjimatkan air saya ambil peluang cuti hujung minggu saya untuk mendobi baju.”– Sharifah Nur Farahin

“Dah tiga kedai saya pergi tapi semua tong air saiz besar sudah habis dan paling awal pekedai boleh menyediakan bekalan pada hari esok. Kami belum buat apa-apa persediaan kerana masing-masing ada urusan tapi kami kena dapatkan tong hari ini juga sebab esok masing-masing sudah bekerja,” – Nurul Aflah

Untuk makluman gangguan bekalan air hingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.

Gangguan Bekalan Air Sekitar Kl Selangor
Sumber : google

Better korang semak notis sama ada kawasan korang alami gangguan ke tak. Nasib baik kawasan min tak kena! Fuhh..

Baca : Was-was nak guna air tadah Netizen Terkedu Bila Tahu Bekalan Air Terganggu Sebab Ada Mayat Dalam Kolam Air ?

Aaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.