in

“Takkan buat lagi” – Gadis Menyesal Buat Prank, Kaki Tersepit Dalam Mesin Pengering Baju Hingga Terpaksa Panggil Bomba

Rc4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Padah buat prank tak masuk akal, kaki gadis tersangkut dalam mesin dryer.


Seorang pelajar tersangkut dalam mesin pada bahagian kakinya selepas membuat prank yang dicabar oleh rakan-rakan lain.

Rosie Cole, 21 tahun, dikatakan sedang minum bersama rakan kelasnya, kemudian mereka mencabar dia untuk masuk ke dalam mesin pengering baju di situ.

Rc8

Mereka sebenarnya masing-masing fikir yang Rosie takkan muat dalam mesin tersebut, dia sendiri pun rasa mustahil.

Tapi alangkah terkejutnya mereka bila Rosie tersangkut dan ia bukannya gurauan. Seluruh bahagian kakinya tersangkut dalam lubang mesin.

Kemudian, rakan-rakan lain ada cuba membantu Rosie untuk mengeluarkan dia tapi tak berjaya sehingga mereka terpaksa memanggil pihak bomba.

Korang boleh tengok video di sini.

Sebanyak 3 orang bomba telah melakukan tugas menyelamat gadis berkenaan. Gadis itu menyesal dan berkata,

Saya takkan buat macam ni lagi.”

Sekali tengok min turut rasa sesak, dua kali tengok min rasa nak gelak pula tengok reaksi dia dengan kawan-kawan.

 

Baca : “Jangan anggap boleh dibuat lawak” Viral Video Prank Influencer Pakai Gelang Pink, Ini Respon DS Ismail Sabri

Rc5

Sumber: the sun uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.