Memesan makanan masa waktu hujan ini sudah semestinya satu dugaan buat penghantar makanan, kebarangkalian untuk berdepan dengan bahaya itu amat tinggi, ada netizen yang tak sanggup nak ambil pesanan kerana kesian dengan mereka.
Pun begitu, ramai food rider yang mengatakan bahawa mereka sebenarnya tak kisah kerana ia merupakan sumber rezeki mereka.
Namun, sebagai seorang pelanggan, kena lah ada timbang rasa, ramai netizen yang bengang apabila melihat video ini kerana kesian dengan abang rider tu.
Kalau time hujan, alert lah dengan kehadiran mereka
Dalam video tersebut, cuaca tengah hujan lebat, rider tersebut sedang menunggu pelanggan, jika diperhatikan, kelihatan seperti dia sedang menghubungi pelanggan berkali-kali namun tak terjawab.
https://twitter.com/imtsarasophia/status/1376092516739522565?s=21
Ia mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-rata bengang dengan perangai pelanggan tersebut kerana membiarkan penghantar makanan dilayan sedemikian rupa.
Malah ada juga food rider menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama dengan mereka kena. Video dari TikTok yang dikongsikan semula di Twitter itu telah meraih sebanyak 5.8K retweet dalam 19 jam.
Please lah ada common sense – Netizen
Kesiannya rider tu harap dia tak apa-apa lah dan mungkin pelanggan tu ada masalah sendiri yang tak boleh dielakkan.