Pasangan mana yang tak mahukan zuriat sendiri selepas mereka berkahwin.
Bila tengok anak orang lain, rasa geram macam nak picit-picit je budak tu sebab comel sangat. Dapatlah juga jadi penyeri rumah kalau mereka ada.
Lagipun orang kata anak tu pembawa rezeki tapi ramai juga yang lupa, anak tu juga amanah Allah swt.
Mahalnya harga susu formula bayi
Kakak kepada pengacara popular Neelofa, Noornabila bertanya di Instagram kat mana nak cari susu anaknya dari jenama Enfalac.
Bila tengok harga, fuh! Mahal betul!


Susulan daripada tu, mulalah netizen berdebat tentang betapa mahalnya susu bayi.
Sebulan harga susu lebih RM600
Salah seorang Tweetfemes, Effi, turut berkongsi pendapatnya selaku seorang ayah yang mempunyai anak masih kecil.

Katanya, harga susu formula untuk anaknya biasanya melebihi RM600 untuk sebulan. Tak kira lagi kos penjagaan pengasuh bermula dari RM500.
Jadi tolonglah pakai kondom untuk merancang keluarga, nasihatnya.

Mana cukup bayar nafkah anak RM80 sebulan. Buat anak sama-sama, takkan itu pun tak dapat fikir.
Anak tu rezeki dan amanah
Kenyataannya itu juga turut disokong oleh pengguna lain, sama ada yang dah berkahwin atau belum.





Even menyusu badan pun mahal ok! Kesihatan ibu tu kena juga dijaga.
Tak semua ibu mampu menyusu anak terus dari badan atas beberapa sebab, jadi mereka kena cari alternatif lain.
Jadi korang kat luar sana tu, kalau nak berkahwin atau merancang ada keluarga baiklah buat persediaan mental dan kewangan sehabis baik.
Jangan sebab kesilapan korang, anak tu terabai pula kemudian hari.
Baca: Hati-hati! Ibu Kongsi Tanda-tanda Anak Diracuni Susu Enfalac A+ Tiruan