in

“Tolong la bagi kerjasama” – Warga Emas Tak Nak Bagi Kerjasama, Polis Terpaksa ‘Jemput’ Dekat Rumah Selepas Mempunyai Kontak Dengan Jemaah Tabligh

Combine W

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang mempunyai kontak rapat atau pun pernah berhubung mana-mana individu yang terlibat dengan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling diminta untuk membuat jaringan saringan Covid-19 di klinik kesihatan kawasan masing-masing.

Namun, ada segelintir individu yang masih lagi selfish tak nak buat ujian saringan tersebut risau kena kuarantin. Demi menjaga keselamatan orang lain better pergi check dan buat ujian saringan Covid-19 tu.


Hal ini berkait dengan satu kejadian yang berlaku di Labuan dimana pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minima untuk membantu petugas kesihatan ‘menjemput’ seorang lelaki mempunyai kontak rapat dengan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling tempoh hari membuat ujian saringan Covid-19.

K 1

Anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Labuan, termasuk pasukan perubatan dari Hospital Labuan, terpaksa menggunakan peruntukan di bawah seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk melakukan saringan ke atas seorang lelaki berusia 68 tahun di pangsapuri kos rendah LDA, Taman Mutiara Sungai Bedaun, Bebuluh di Labuan, lapor Mstar.

K2

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan bapa kepada salah seorang peserta perhimpunan tabligh tersebut dan dia telah diarahkan untuk membuat ujian saringan pada 17 Mac lalu.

Namun dia enggan memberi kerjasama dan menyebabkan pasukan perubatan terpaksa meminta bantuan pihak polis untuk membawa individu tersebut.

Baca : “Kita akan ambil tindakan” – Pegawai Boleh Guna Kekerasan Yang Perlu, Peserta Tabligh Ingkar Perintah Jalani Ujian Boleh Dipenjara

Tabligh

Sumber: Mstar
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.