in

“Tolong bertenang semua” – Peserta Pertandingan Badminton di Kompleks Sukan Desa Petaling Disahkan Positif Covid-19

Covid Positive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang menyertai pertandingan badminton yang diadakan di Kompleks Sukan Desa Petaling telah disahkan positif Covid-19. Pada 19 September lepas, lelaki itu berada di kompleks sukan tersebut yang terletak di Taman Desa Petaling.


Individu itu kini cuba memaklumkan kepada orang awam dan sesiapa sahaja yang ada kontak rapat dengannya untuk pergi melakukan ujian saringan.

Covid1

Menurut laporan, dia telah disahkan positif pada 26 September lepas seminggu selepas pertandingan itu diadakan.

Dia kemudian terus memaklumkan berita itu kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan dan meminta mereka untuk bertenang, lakukan pemeriksaan dan kuarantin kendiri secepat mungkin.

Difahamkan, Kementerian Kesihatan sedia maklum tentang kes itu dan menurut lelaki tersebut, pihak berkuasa mungkin akan menghubungi mana-mana individu yang berada pada jarak dekat dengannya, seorang demi seorang.

Desa

Setakat ini, sekurang-kurangnya 25 pemain badminton yang menyertai pertandingan tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan dijadualkan akan menjalani ujian sekali lagi. Mereka yang telah melakukan pemeriksaan itu akan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing sehingga keputusan ujian keluar.

Baca: Senarai 6 Shopping Mall di Lembah Klang Yang Dilaporkan Mempunyai Kes COVID-19

Malls

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.