in

TMJ dan KJ Hentam Mufti Sabah Isu Had Kahwin 14 Tahun

Page 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, isu kahwin muda kembali hot diperkatakan lepas Mufti Sabah mencadangkan agar had umur minimun perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun.


Cadangan yang agak mengejut ni telah mendapat kritikan dan perhatian ramai pihak terutamanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu tweet di Twitter semalam (23 September).

Tmj 1
sumber: twitter

“Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gila,” tulisnya.

Tweet ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyokong pendapat beliau. Malah ada jugak yang semakin pening melihat keadaan negara yang katanya mengeluarkan undang-undang tak masuk akal.

Walau bagaimanapun, TMJ dalam posting tersebut ada berjanji akan usulkan isu ni kepada Majlis Raja-raja nanti.

Hrh Johor
sumber: twitter

Selain TMJ, isu ni jugak dapat perhatian Khairy Jamaluddin atau KJ yang menganggap cadangan tersebut sebagai satu ‘kegilaan’. Melalui respons tweet Malay Mail, KJ menegaskan supaya jangan ada pulak yang cakap kita ‘tak perlu mempersoalkan mufti’ atau suruh ‘pergi belajar agama’ kalau bercakap isu had kahwin 14 tahun ni. 

Kj1
sumber: twitter
Kj 2
sumber: twitter

Macam manapun, KJ kemudian kembali membalas tweet dengan mengatakan dia tak tahu keperluan rakyat di Sabah adalah perkahwinan kanak-kanak lepas ada di kalangan netizen yang explain bahawa Mufti Sabah faham situasi mereka di sana. 

Kj 3
sumber: twitter 

Sebelum ni, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ada cadangkan pindaan had umur perkahwinan bagi perempuan kepada 18 tahun berbanding 16 tahun sebelum ni. Cadangan Mufti Sabah ni dilihat macam melawan arus sebab TPM, Datuk Seri Wan Azizah jugak tegaskan untuk naikkan had umur mininum kepada 18 tahun lepas isu perkahwinan kanak-kanak dengan duda berusia 44 tahun di Kelantan.

Korang rasa macam mana? Wajar ke had umur perkahwinan di Sabah diturunkan ke 14 tahun? 

Baca: Lagi Kes Kahwin Bawah Umur Di Kelantan!

Had

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.