Sejak awal tahun 2000, terdapat sebuah trend dalam rancangan di televisyen iaitu rancangan realiti, biasanya ia bermula dengan rancangan yang berunsur pertandingan seperti kuiz ataupun pencarian bakat seperti nyanyian.
Antara rancangan realiti yang menarik minat penonton seluruh dunia adalah rancangan The Amazing Race, ia memaparkan perlumbaan beberapa peserta yang mengembara ke seluruh dunia bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak 1 juta USD.
Sebagai info, rancangan realiti tersebut merupakan antara siri yang masih bertahan sehingga hari ini dan telah masuk musim ke 33!
Boleh dikatakan ramai yang mengikuti rancangan tersebut, ia memang sangat seronok untuk ditonton kerana peserta akan pergi melakukan tugasan dan cabaran di pelbagai negara. Memang sangat mendebarkan!
Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh @joshgarlepp yang menunjukkan sebalik tabir rancangan tersebut.
@kick.it.forward No wonder it’s a race, wasted so much time doing takes, I was walking by #amazingrace #realitytv #australiantv #fremantle
“Rasa kena tipu beb!”
Sejak siarannya pada tahun 2001, ramai yang beranggapan peserta-peserta tersebut berlumba dan aksi mereka itu direkodkan secara terus, rupanya ia adalah lakonan sahaja. Siap banyak kali take lagi!
Video tersebut kemudian dimuat naik di Twitter sehingga ‘sampai’ ke netizen Malaysia, rata-rata rasa tertipu dengan video pendek tersebut.
Bersangka baik je lah, yang penting rancangan tu menghiburkan. Betul tak?