in

Tindakan Guru Makan Bawah Khemah & Pelajar Makan Di Lantai Ketika Majlis Sekolah Undang Perdebatan

Cats 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu isu apabila sebuah sekolah yang tidak dedahkan nama telah mengadakan satu majlis, namun membiarkan pelajar untuk makan di lantai kantin yang agak kotor.



Dalam gambar yang tular, terlihat pelajar di sekolah tersebut makan di lantai secara beramai-ramai, manakala guru dan VIP pula makan di atas meja yang bersih.

2 6

3 5

Situasi ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet yang berpendapat layanan seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia memberi teladan yang tidak baik kepada para pelajar.

Tidak cukup dengan itu, isu kebersihan juga dipersoalkan apabila lantai kantin kelihatan kotor dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai tempat makan.

Malah, kelihatan juga seorang individu memberikan duit raya kepada pelajar yang berada di atas lantai, sambil kasutnya dan makanan pelajar berada begitu dekat sekali.

1 10

Jelas seorang individu, ini adalah soal adab dan kesopanan yang sepatutnya ditunjukkan oleh para guru kepada pelajarnya.

“Ni bukan soal manja. Ni soal adab, ni soal kesopanan, ni soal patut atau tidak.”

“Kalau aku diminta makan bersila atas lantai, kemudian ada orang datang pakai kasut sejengkal dari makanan aku hulur duit, tobat aku bangun dan tinggalkan majlis. Ia biadab pada aku. Sangat tak patut buat macam tu”, tulis seorang individu.

Individu ini turut berpendapat budaya seperti ini harus dibendung dengan segera agar tidak menjadi ikutan oleh generasi akan datang.

Apa pendapat anda?

Kredit: Kaki Restore

BACA: [VIDEO] ‘Bergadai Nyawa’ Untuk Ke Sekolah, Netizen Sedih Lihat Pengorbanan Guru Di Gua Musang

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.