in

Timbulkan Kegusaran Awam Dengan Menjerit & Bunyikan Hon, Inspektor Sheila Didakwa Lagi

inspektor sheila dakwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali sebagai Inspektor Sheila pernah tular di TikTok atas beberapa video yang memaparkan sikapnya yang tidak profesional serta mengambil kesempatan atas jawatannya sebagai anggota polis.

Hari ini, dia didakwa di mahkamah sekali lagi atas satu pertuduhan iaitu mendatangkan kegusaran awam di pusat beli-belah dengan menjerit dan membunyikan hon kereta pada lima bulan lalu.


Artikel berkaitan: Harap Orang Ramai Tak Pandang Serong, Inspektor Sheila Berhasrat Kembali Ke Bukit Aman

Artikel berkaitan: Inspektor Sheila Nak Cari Jodoh, Hanya ‘Single Men’ Saja Dipilih

Menurut laporan Harian Metro, selaku orang kena saman (OKS), Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.

Difahamkan, dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi, membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran am terhadap seorang wanita berusia 29 tahun.

WhatsApp Image 2023 11 08 at 1.11.07 PM

Kesalahan tersebut difahamkan dilakukannya di tempat letak kereta pusat beli-belah di Brickfields pada 16 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama, yang membawa hukuman denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, peguam M Manoharan yang mewakili Sheila, merayu supaya anak guamnya dilepaskan dengan bon tanpa ikat jamin dan akan membuat aku janji untuk hadir ke mahkamah pada setiap tarikh prosiding kes yang ditetapkan.

“Pertuduhan terhadap Sheila adalah tidak berasas dan sangat memalukan, sedangkan dia sudah berkhidmat sebagai pegawai polis selama sembilan tahun malah dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Illi Marisqa membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.