Pagi semalam (17 September) dua pelajar kolej ditemui meninggal dunia manakala dua lagi ditemui dalam keadaan kritikal di dalam sebuah kereta di Shell Samagagah lebuhraya PLUS.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.40 pagi ini melibatkan empat pelajar kolej Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah dan Nor Aqilah (kembar) yang baru pulang dari bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang sempena Hari Malaysia.
Menurut Ketua Polis Seberang Perai, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, rakaman CCTV di stesen minyak tersebut menunjukkan sebuah kereta Honda Odyssey yang dipandu oleh kembar itu telah berhenti di sana pada jam 8.30 malam.
Kesemua empat-empat pelajar ini keluar dari kereta untuk membeli makanan sebelum masuk semula ke dalam kereta.”
Tambah Shafee, kejadian ini disedari oleh bapa salah seorang pelajar, Ayuni Shazwanie yang menemui kereta mereka di tempat kejadian. Sebelum itu, bapa ini telah keluar mencari anaknya kerana belum pulang ke rumah selepas memberikan mesej terakhir pada jam 9 malam.
Bapa Ayuni Shazwanie menemui kereta yang menempatkan anak dan rakan-rakanya di stesen minyak dan terkejut bila melihat enjin kereta masih terpasang dan dorang tak sedarkan diri.
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi staf perubatan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian secara tiba-tiba.”
Keempat-empat mangsa kemudiannya di bawa ke hospital berhampiran manakala dua kembar dalam keadaan kritikal dimasukkan ke dalam ICU.
Kesemua mangsa ini merupakan rakan baik yang belajar di kolej yang sama mengambil jurusan farmasi dan sedang menunggu hari konvokesyen.
Namun Harian Metro melaporkan satu lagi mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 4.23 petang semalam dan kembarnya masih dalam pemantauan doktor.
Dikatakan juga, kenderaan yang dinaiki oleh empat sahabat baik ini telah diperiksa dan juruteknik mendapati berlaku kebocoran di bahagian ekzos kereta kerana kereta tersebut mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.
Kalau korang nak tahu, kes keracunan karbon monoksida ni merupakan kes yang sering berlaku bila individu meninggal di dalam kereta selepas tertidur dengan enjin dan penghawa dingin terpasang.
Ada juga kemungkinan disebabkan dari wasap ekzos yang masuk ke dalam kereta bila oksigen dalam kereta jatuh dengan drastik. Apa yang lebih membimbangkan, racun karbon monoksida ini merupakan gas yang tak berbau, jadi biasanya mangsa tak sedar pun yang dorang tengah hidu gas beracun ni.