in

Tiga Beradik Berkomplot, Konon Diculik Semata-mata Nak Tuntut Duit Tebusan Dari Bapa

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BIla dah terdesak, orang sanggup lakukan apa sahaja walaupun tahu benda tu bahaya atau salah di sisi undang-undang.



Macam baru-baru ini, tiga wanita dari Johor yang juga merupakan adik beradik telah ditahan pihak polis gara-gara berkomplot untuk menipu bapa mereka sendiri bagi mendapatkan duit.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pada 1 Oktober lalu, tiga wanita berusia 25 ke 32 tahun telah menelefon bapa mereka mendakwa dorang telah dikurung.

Tiga adik beradik ini juga turut memberitahu bapa mereka untuk sediakan sejumlah wang tebusan jika mahu anak-anaknya dilepaskan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 66 tahun ini telah bertindak pantas dan terus membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.

243031527 224798963015674 6575563718875881653 N

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, selepas siasatan dibuat, pada 4 Oktober jam 8.30 malam pihaknya telah berjaya menahan tiga wanita ini dilokasi yang berasingan dan akan direman sehingga 7 Oktober.

Soal siasat kemudiannya mendedahkan yang tiga wanita ini telah berkomplot untuk membuat cerita palsu bagi mendapatkan wang dari bapa mereka.

Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Selain itu, pihak polis turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak membuat cerita palsu berkaitan kejadian jenayah yang tidak wujud untuk keuntungan atau kepentingan peribadi kerana pihak polis tak akan berkompromi dengan kesalahan seperti ini.

Aduh, kesian bapa dorang…

 

Baca: Makin Melampau! Individu Menyamar Sebagai Polis, Tipu Duit Warga Emas Sehingga Hampir SETENGAH JUTA!

Screenshot 2021 10 06 At 12.43.50 Pm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.