in

Tidur Pakai Earplug Sebab Tak Nak Bunyi Bising? Selamat Ke Tidak?

Gambar Hiasan 2 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berada di kotaraya yang penuh kesesakan sememangnya takkan pernah sunyi terutamanya di Kuala Lumpur. Siapa je yang boleh tahan dengan bunyi bising ketika tidur, ditambah pula pada malam hujung minggu kan? Panas je hati bila dengar bunyi bising.


Namun mungkin ramai yang berpendapat bahawa penutup telinga (earplug) dicipta untuk tujuan menyelesaikan masalah ini dan agar tidur anda lebih berkualiti dan berkuantiti.

Pun begitu, korang tidak seharusnya begitu yakin bahawa ia benar-benar selamat. Eh? Kenapa pulak?

Ad 1

Penutup telinga untuk tidur yang lebih lena?

Buat korang yang tinggal di kawasan bandar atau dekat dengan jalan besar, maka earplug mungkin sangat membantu. Segala bunyi kenderaan, perbualan, mesin atau hingar-bingar kota pasti dapat ditangkis dengan cara mudah ini.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Iranian Journal of Nursing and Midwifery Research, dikatakan bahawa penutup telinga mampu membantu merangsang tubuh badan menghasilkan hormon ‘Melatonin’.

Hormon ‘Melatonin’ inilah yang berfungsi membantu tubuh badan untuk lebih relaks agar kita mudah berehat dan tertidur.

Dalam pada itu, tidur dengan earplug juga sangat penting untuk mendapatkan tidur yang lena, cukup lantas membuat tubuh badan lebih segar-bugar pada keesokan hari.

Secara amnya, penggunaannya bukan sahaja bagus malah juga selamat untuk tubuh badan!

 

Namun berisiko?

Walaupun begitu, setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan penutup telinga untuk tidur ini. Di sebalik manfaat yang disenaraikan, penggunaan earplug juga sebenarnya boleh memberikan kesan negatif.

Sekiranya korang terlalu kerap menggunakannya, ia mungkin akan membuat telinga tersumbat dengan tahi telinga.

Bukan itu sahaja, penyumbatan ini juga mungkin akan meningkatkan risiko telinga anda dijangkiti dengan kuman, bakteria atau virus.

Kesannya? Ini yang mungkin kalian alami pada telinga:

  • Kekotoran
  • Kegatalan
  • Kesukaran mendengar
  • Vertigo (rasa diri seakan terpusing)
  • Tinnitus (telinga berdengung/ berdesing)

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini atau sebarang ketidakselesaan akibat earplug ini, segeralah berjumpa dengan doktor ye?

 

Ini petua yang boleh diamalkan!

Sudah tahu akan risiko alat ini tapi mahu terus menggunakan penutup telinga untuk tidur? Boleh, tetapi cara penggunaannya harus tepat.

Sebelum menggunakan earplug, tanya pada diri sendiri sama ada memang benar-benar memerlukan ia untuk tidur terlebih dahulu.

Sleeping With Earplugs

Jika tidak, dan korang masih boleh tidur walaupun sedikit sukar, adalah disarankan untuk kalian tidak menggunakannya.

Penggunaan earplug dibolehkan pada waktu anda memang sukar tidur. Namun, janganlah pakai terlalu kerap.

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), berikut adalah cara menggunakan penutup telinga untuk tidur yang tepat:

  • Bersihkan tangan sebelum menyentuh atau memegang penutup telinga untuk tidur
  • Bersihkan earplug sebelum memasangnya ke dalam telinga
  • Pastikan earplug kering sebelum memasangnya ke dalam telinga
  • Masukkan earplug ke dalam telinga dengan lembut
  • Jika sudah terpasang dan tidak mudah tercabut, jangan memaksanya untuk masuk lebih dalam
  • Jika earplug anda itu menggunakan kapas, jangan lupa untuk cuci dan ganti secara berkala
  • Gunakan penutup telinga untuk tidur yang berkualiti tinggi sahaja

 

Pakai penutup telinga untuk tidur secara berkala

Secara konklusinya, penggunaan earplug adalah sangat bagus terutamanya buat mereka yang tinggal di kawasan yang sibuk dan bising seperti di bandar.

Pun begitu, ketahuilah ia juga akan membawa risikonya yang tersendiri seperti penyumbatan tahi telinga, kotoran dan jangkitan kuman, bakteria atau virus.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk menggunakan earplug dengan berhati-hati dan dengan cara yang betul.

Walaupun sebenarnya, adalah lebih baik untuk tidur tanpa menggunakannya, namun jika terpaksa, gunakan penutup telinga untuk tidur secara berkala.

 

Sumber : HelloDoktor

Baca : Mcm mana kau boleh tidur dgn tenang? – Anjing Dibuang Cuba Kejar Balik, Owner Langgar Terus Blah

Qa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.