“Saya teraniaya!” Begitulah kata Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, mengenai pembabitannya dalam event Hoorey X Fest Raya.
Untuk menjelaskan perkara sebenar kepada umum, Boy Iman telah memuat naik satu video di laman Instagramnya semalam untuk membuat penjelasan lanjut.
“Tujuan saya membuat video ini adalah untuk menyatakan perkara sebenar dan menyangkal sebarang dakwaan, terutamanya berkenaan semua cerita bukan-bukan tentang saya.”
“Ada yang cakap saya ini scammer lah, saya ni mastermind lah, saya tak berubah lah, saya menipu duit vendor dan sebagainya.”
Tambah Boy Iman lagi, semua dakwaan itu adalah tidak benar.
Tujuan utamanya memuat naik video tersebut adalah untuk membersihkan namanya dan memberi gambaran sebenar kronologi isu ini kepada orang ramai.
Kepada pembaca yang ingin menonton video asal, boleh ke laman Instagram Boy Iman:
View this post on Instagram
Buka cerita sebenar mengenai Hoorey X Fest Raya
“Sebelum ini, saya tak boleh cerita kerana saya hanyalah pekerja biasa. Jadi, saya kena hormat polisi syarikat.”
“Sebenarnya, saya bukanlah tuan punya Hoorey X Fest Raya. Saya juga tidak berada dalam board of directors atau tuan punya syarikat.”
“Saya hanyalah pekerja sahaja. Ini bermaksud, saya tidak mempunyai akses kepada akaun syarikat. Semua transaksi juga dibayar terus kepada akaun syarikat.”
“Saya telah dijemput sebagai funder untuk bantu menjayakan event ini. Saya sebagai orang yang lebih berusia menggunakan ilmu saya untuk membantu CEO Hoorey X Fest Raya. Saya makan gaji. Duit syarikat bukanlah di bawah saya.”
“Inilah sebenarnya yang belaku. Jadi, saya menyangkal sebarang dakwaan bahawa saya ‘mastermind’ dalam isu ini. Saya hanyalah lead bahagian marketing.”
Tambah Boy Iman lagi, dia sangat kecewa dengan apa yang sudah berlaku. Katanya lagi, pada masa akan datang dia akan mendedahkan semua bukti lanjut dan membawa saksi untuk mengesahkan dakwaannya.
Jangan kambing hitamkan saya
“Apaya yang pelik, bila event tak jadi atau bermasalah nama saya pulak naik. Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, nak menangis pun ada.”
“Adakah sebab saya artis dan pernah ada rekod tak berapa baik tentang nama saya terus saya di label sebegitu, dikambing hitam kan sebegitu?”
“Terpulang kepada semua yang mendengar dan menonton untuk membuat tafsiran sendiri, sama ada hendak percaya atau tidak. Hendak terima atau tidak tapi itulah kenyataannya.”
Dia juga berharap agar video yang dimuat naik ini dapat membersihkan namanya.
Boy Iman yang terkenal dengan lakonannya dalam telefilem Blok 404 bersama 3 lagi individu telah didakwa di mahkamah pada 25 April lalu mengikut Seksyen 420 Kanun yang dibaca bersama Seskyen 34 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menipu vendor dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festivalsehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang sebanyak RM1,500.
Sumber: Kosmo
Baca: Boy Iman Nafi ‘Scam’ Vendor Karnival Raya, Sedia Disiasat PDRM