Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian di Twitter mengenai Dasim yang dikatakan merupakan dalang pemecahan rumahtangga.
“Tiap kali dengar masalah orang yang sedang ‘struggle’ dalam rumahtangga, I akan beritahu, “You’re not alone”.
Memang semua rumahtangga akan diuji. I akan sentiasa ingatkan diri I tentang kewujudan si Dasim ni.
Tiap kali I rasa macam marriage I tak seronok je tiba-tiba, I tahu, ni mesti kerja si Dasim.”
Jadi, siapa sebenarnya Dasim ni? Dasim merupakan iblis yang tidak sukakan kedamaian antara suami dan isteri.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian mengutus bala tenteranya. Maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya. Datanglah salah satu dari bala tenteranya dan berkata. “Aku telah melakukan begini dan begitu”. Iblis bekata, “Engkau sama sekali tidak melakukan apa-apa”.
“Kemudian datang yang lain dan berkata; “Aku tidak meninggalkannya hingga aku berhasil memisahkan dia dan isterinya.” Maka iblis mendekati dan berkata; “Sunggah hebat (syaitan) seperti engkau.” – [HR Muslim].
Bukan itu sahaja, syaitan ini juga sangat bijak menghasut dan memperdayakan manusia sehingga rumahtangga menjadi retak menunggu belah.
“Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati. Bila terasa hati je, mulalah berperang mulut dan keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.”
“Bukan itu sahaja, syaitan ini juga menghasut wanita yang datang bulan, lepas bersalin atau sedang mengandung.”
Jika ingin rumahtangga aman damai, pasangan suami dan isteri mestilah sabar. Rendahkan ego masing-masing. Selalulah solat berjamaat bersama-sama dan saling bermaafan.”
Kredit: @SueKZ