in

“Tiba-tiba berhenti mengejut, penumpang tercampak & terpelanting” – Mangsa Kongsi Detik Cemas Insiden LRT

Ft Mangsalrt

Kira-kira jam 8.45 malam semalam telah berlaku insiden pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang bergerak dalam kelajuan 20 kilometer sejam dan 40 kilometer sejam. Impak kemalangan itu amat besar dan telah menyebabkan penumpang di dalam tren mengalami kecederaan.

Kejadian yang berlaku di antara stesen KLCC dan Kampung Baru itu telah menyebabkan 47 penumpang cedera parah dan 166 penumpang mengalami cedera ringan.

Tren1

Keadaan tenang dalam tren tiba-tiba bertukar menjadi panik dengan suara penumpang menjerit. “

Itu kata Afiq Luqman Mohd Baharuddin, 27, salah seorang mangsa kongsi detik cemas insiden yang berlaku sekelip mata itu.

Ketika dalam perjalanan menuju ke arah stesen Kampung Baru, tren tiba-tiba berhenti mengejut hingga menyebabkan sebahagian penumpang tercampak dan terpelanting dalam tren.”

Sekelip mata saja kemalangan berlaku dan keadaan di dalam tren bertukar menjadi panik.”

Afiq1

Menurut Berita Harian, Afiq yang bekerja di sebuah syarikat swasta berkata dia menaiki tren itu untuk menuju ke Ara Damansara. Namun ketika di laluan bawah tanah berhampiran stesen KLCC, kemalangan itu berlaku.

Sebelum kejadian, tren ada berhenti selama 15 minit dan kemudian bergerak semula. Tak sampai 10 saat bergerak, berlaku pelanggaran dan impaknya sangat kuat.”

Saya cedera di kepala, kaki kiri dan sakit dada.”

Tren2

Selain Afiq, dua wanita masing-masing merupakan ibu kepada penumpang yang cedera turut berkongsi cerita ketika mendapat tahu kemalangan yang menimpa anak mereka.

1. Mazuin Bahari, 51 tahun

Hatinya bimbang selepas dihubungi anaknya, Tengku Ahmad Raiyan Tengku Naha, 27, memaklumkan tentang kejadian berkenaan. Lebih membuatkannya risau, anaknya itu memberitahu salah satu kakinya tidak boleh gerak.

“Saat Raiyan bagi tahu tren yang dia naik alami kemalangan, hati saya dah tak sedap, bimbang keselamatan dia.”

“Waktu dia (Raiyan) telefon itu, dia beritahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain turut berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat.”

Dia dan suami kemudian terus bergegas ke lokasi kejadian namun dimaklumkan bahawa kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

Lrt3

 

2. Syafiza Abd Hashib, 45 tahun

Dimaklumkan tentang kejadian itu daripada anak perempuannya, Adzleen Syzarenna, 24, yang menghubungi menggunakan telefon bimbit orang lain. Adzleen yang bekerja di sebuah bank di Ampang memang berulang-alik menggunakan LRT untuk ke rumah sewa di Subang.

“Anak telefon dan beritahu terbabit dalam kemalangan tren, dan kejadian itu baharu seminit berlaku, dan dia bagi tahu cedera di bahagian pergelangan kaki dan tak boleh bangun.”

“Saya terkejut dan terus ke lokasi kejadian, sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan terkejut.”

Sementara itu, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman hari ini telah memaklumkan bahawa insiden yang berlaku itu tidak disengajakan dan turut memohon maaf. Katanya, kesemua penumpang yang terlibat akan diberikan pampasan tanpa mengira keadaan mereka.

Baca: 213 Mangsa Kemalangan LRT Bakal Dapat RM1,000 Seorang

Collage 38

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter