in

“Tiada toleransi!” – 3 Pekerja CNN Hilang Kerja Lepas Balik ‘Office’ Tapi Tak Vaksin Lagi

Cnn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah syarikat media Amerika Syarikat dilaporkan sudah memecat tiga orang pekerjanya selepas mereka pulang ke pejabat tanpa menerima vaksin COVID-19.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 1544158554077 E1628305829941

Memetik laporan BBC, tindakan itu adalah antara contoh yang pertama dimana firma di Amerika Syarikat memecat pekerja mereka yang melanggar mandat vaksinasi yang ditetapkan syarikat.


Untuk pengetahuan, selain CNN, beberapa firma besar seperti Facebook dan Google menetapkan para pekerja mereka untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum pejabat-pejabat di negara itu dibuka semula.

104445242 Gettyimages 614169380 E1628304998220

Dalam satu kenyataannya, Jeff Zucker, chief CNN mengesahkan pemecatan tiga pekerja firma itu dalam satu memo syarikat yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Menurut beliau, vaksinasi COVID-19 adalah mandatori bagi mana-mana individu yang bekerja di lapangan, bekerja dengan orang lain dan mereka yang perlu masuk ke pejabat.

“Saya jelaskan di sini, syarikat kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pekerja yang melanggar polisi yang telah ditetapkan syarikat,” katanya. 

117596835 Gettyimages 1231147866 E1628305100822

Pada bulan Mei lalu, kerajaan Amerika Syarikat memaklumkan ia tidak melanggar peraturan negara sekiranya majikan meminta pekerja-pekerja yang datang ke tempat kerja untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan seperti Delta dan United Airlines juga dikhabarkan memerlukan pekerja baru mereka untuk menunjukkan bukti vaksinasi sebelum memulakan kerja.

Biden August Push 96172 Jpg 1627921884 E1628305371114

Presiden Joe Biden pula dilaporkan telah mengarahkan dua juta pekerja kerajaan untuk menunjukkan bukti vaksinasi atau mereka perlu menjalani ujian COVID-19 dan wajib memakai pelitup muka.

Sumber: BBC

Baca: Syarikat Ini Bagi Bonus RM1,000 Dekat Staff Yang Dah Ambil 2 Dos Suntikan Vaksin Covid-19, Tambah Lagi RM 1K Kalau…

Theedge E1628304809869

Sumber: CNBC
Sumber: CNA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.