Isu melibatkan seorang selebriti pendakwah baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak meminta agar nama “Syed” dibersihkan.
Menjawab perkara tersebut, pendakwah selebriti, Syed Bakri Benyahya atau PU Syed, menegaskan bahawa keturunan Syed adalah sebuah anugerah Allah yang tidak perlu dibersihkan.
Menurut beliau, tiada apa yang perlu dimegahkan dengan pangkal nama tersebut kerana kemuliaan sebenar terletak pada peribadi individu itu sendiri.
Artikel berkaitan: “Nabi Muhammad SAW ada bantu isteri” – Dakwa Lelaki Buat Kerja Rumah Tak Sejati, PU Syed ‘Sekolahkan’ DMA Islam
Artikel berkaitan: Jadikan Konten Di Neraka Sebagai Bahan Gurau, PU Syed Harap Pihak Berkuasa Negara Jiran Ambil Tindakan
View this post on Instagram
“Dia didapati bersalah, dan sudah mula dikenakan hukuman atas perbuatannya itu. Kita tak boleh nak berterusan menyebut keaibannya.
Dosa dgn Allah ni bila mana² muslim bertaubat kepadaNya, Allah akan terima,” tulisnya.
Menerusi satu tangkap layar mesej yang dikongsikan, PU Syed menjelaskan bahawa yang perlu dibersihkan adalah perilaku manusia yang membawa nama tersebut, bukannya nasab mereka. Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu ibrah besar buat semua pendakwah bahawa setiap insan mempunyai nafsu dan tidak terlepas daripada hasutan syaitan.
Beliau turut menitipkan pesanan agar masyarakat berhenti menjaja aib individu yang telah pun dijatuhi hukuman.
Tegasnya, setiap Muslim yang bertaubat akan diterima oleh Allah, namun perbuatan manusia yang terus mencanang dosa orang lain hanya akan memudaratkan diri di akhirat kelak, beliau juga memberi peringatan bahawa darjat manusia di sisi-Nya hanya dibezakan melalui tahap taqwa, bukannya gelaran.
Sumber: Instagram
