Sejak beberapa hari lalu, kes positif harian di negara kita ini dilihat semakin kritikal dan sangat membimbangkan. Semakin hari, semakin meningkat hingga mencecah lebih dari angka 7,000 kes.
Baru saja sebentar tadi, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham melalui Twitternya memberitahu bahawa kes harian hari ini (28 Mei 2021) dah mencecah lebih dari 8,000 kes. Ya korang tak salah tengok!
Sehingga 28 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,290 kes (549,514 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
WPKL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705) pic.twitter.com/DqKAwcqIUn— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 28, 2021
DG Hisham bagi gambaran kritikal?
Oleh sebab kes yang semakin tinggi, bilangan pesakit yang perlu dimasukkan ke ICU juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, DG Noor Hisham sebelum itu ada memuat naik beberapa keping gambar melalui posting Twitternya.
Gambar tersebut menunjukkan pengorbanan frontliner kita yang sanggup berpeluh, menahan panas semata-mata untuk memastikan kita semua mendapat rawatan terbaik. Di samping itu, terlihat juga gambar menunjukkan seorang frontliner yang terbaring akibat terlampau penat.
Posting itu betul-betul meruntun jiwa sesiapa melihat, ditambah pula dengan kapsyen yang semestinya mampu menjentik hati kita.
“These pictures paint a thousand words”
These pictures paint a thousand words pic.twitter.com/cy12tXPvPH
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 28, 2021
“Bagos kalau ada open volunteer”
Menjengah ke ruangan komen posting beliau, rata-rata netizen berasa cukup kasihan dengan pengorbanan semua frontliner hingga ada yang mendesak untuk mencari volunteer bagi mengurangkan beban mereka.
Sekarang ni peranan kita rakyat Malaysia, buktikan kita boleh patuh SOP dalam usaha untuk kurangkan kes jangkitan covid 19 di negara kita. Action much better!
Baca : “ICU pun dah penuh” – Merisaukan! DG Hisham Kerap Muat Naik Gambar Terkini ICU, Macam Bagi Hint